Followers

Thursday, June 24, 2010

Polis Jahat?

Mesti korang pernah jumpa polis yang "kerek" kan. Yang berlagak macam bagus je. Aku ada jumpa. Selalunya time memandu kereta.

Biasalah mereka ini kalau memandu kereta peronda, bukannya mahu bertolak ansur dengan pengguna jalan lain. Mentang mentanglah membawa logo PDRM, so diorang ingat jalan tu mak bapak diorang punya.

Aku selalu tengok yang mereka tidak memberi laluan kepada kereta lain untuk keluar simpang. Dengan kata lain, mereka mesti nak lalu dulu. Langsung tak peduli pengguna lain yang terpaksa menunggu lama.



Dan dua hari lepas, aku tengah drive rileks rileks. Tiba disatu persimpangan, adalah satu kereta polis ini. Sepatutnya dia berhenti memberi laluan kepada pengguna lain sebaliknya selamba badak je dia terus jalan. Nasib baik aku cepat brek. Kalau tak dah memang sah bergesel kereta kitaorang.

Macam ni punya perangai ke? Akal takde ke? Sepatutnya dia sebagai polis kenalah lebih bertanggungjawap mematuhi undang undang jalanraya. Siap ada signboard "beri laluan" di jalan tu. Tapi dia boleh selamba je langgar undang undang. Aku betul betul panas hati. Nak je aku hon kereta polis tu. Sial sungguh!

Lupakan soal polis durjana itu. Sudah dua malam aku bermain kejar kejar dengan anjing. Bukan saje suka suka ye. Tapi nak halau anjing dari kawasan klinik yang aku jaga.

Selalunya anjing tu masuk ikut pintu pagar depan klinik. Tapi yang aku bengang, bila aku halau, dia boleh berpusing keliling klinik. Bukannya nak keluar terus. Nak tak nak terpaksalah aku kejar sekeliling klinik. Penat sungguh.



Nasib baiklah anjing tu jenis takut orang. Buatnya dia pulak yang kejar aku, mampus aku. Harap malam ni takdelah anjing tu masuk lagi. Semput nak main kejar kejar.

1 comment:

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhh main kejar-kejar ye bang... issshhhh

beb aku selalu nampak polis ni main langgar aje... Dia orang buat tak pe kalau kita yang tak sengaja langgar undang-undang saman aje jawabnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...