Followers

Tuesday, June 08, 2010

Kubur gladiator ditemui di Britain

YORK - Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.
Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.

Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator. Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean.- Agensi

Fuyoo best gila benda ni. Rom merupakan antara tamadun yang aku minat sejak dulu. Bagi aku, tamadun Rom telah melampaui zamannya. Kejuruteraan senibina dan pengetahuan mereka amat menggagumkan aku.

Mereka berupaya membina empayar sehingga timur tengah. Tetapi sayang, walaupun mereka peradapan mereka tinggi tetapi moral mereka amat rendah.

Setelah kejatuhan empayar Rom, bermulalah zaman kegelapan di eropah. Mereka menjadi jahil dan bodoh akibat kenkangan agama kristian yang melampau lampau. Tetapi pihak gereja menipu dengan mengambil duit rakyat. Malah pihak kristian memperbodohkan penganutnya dengan pelbagai pantang larang yang mengarut.

Sehinggakan pihak gereja mengharamkan mandi! Kan ke bodoh mereka ini semua.

Setelah kejatuhan Rom, empayar islam mula mengambil alih dunia. Tamadun islam mula berkembang dengan menkaji buku buku yunani dan rom. Malah memperbaharui semula ilmu ilmu berkenaan.

Tetapi zaman silih berganti. Empayar islam juga tidak terkecuali menerima nasib seperti Rom. Kejatuhan empayar islam disebabkan pihak kristian sudah membuka mata kepada ilmu pengetahuan dan pembaharuan didalam agama mereka.

Dan kini nasib umat islam adalah kembali kepada jahiliyah. Mereka menjadi bodoh dan jumud kerana agama. Mereka terlalu berpegang kepada adat budaya sehingga gagal membezakan adat dan agama. Lihatlah negara seperti Pakistan, Bangladesh dan negara negara islam miskin lain.

Mereka lemah kerana bodoh. Hidup berpuak puak dan saling membunuh sesama sendiri walaupun beragama islam. Malaysia walaupun maju tetapi ada sesetengah pihak yang cuba menghancurkan negara ini.

Disaat kerajaan sedang membawa rakyat Malaysia kepada kecemerlangan ilmu dan tamadun, ada pihak yang cuba menggagalkan usaha baik ini. Mereka menuduh kerajaan zalim. Sedangkan mereka sendiri adalah zalim kerana menganiaya diri sendiri. Kerana mencampakkan diri mereka kedalam kebodohan. Membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.



Sejarah sentiasa berulang. Disaat empayar atau negara berada dikemuncak, pasti akan berlaku kejatuhan. Sama ada disebabkan musuh luar atau dari rakyat sendiri yang tamak dan gila kuasa. Oleh itu marilah kita bersama sama mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman musuh. Marilah sama sama memberikan sokongan kepada kerajaan didalam usaha memajukan Malaysia dan menolak fahaman politik sempit pembangkang yang gila kuasa.

1 comment:

Afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhh aku rasa ni semua bukan gladiator tapi kubur banduan kut...

dah banyak -banyak tu kawasan tu mungkin berpuaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...