Followers

Wednesday, April 14, 2010

H1N1 Kembali Mengganas

Seorang peguam lelaki berusia 42 tahun dari Johor Bahru, menjadi korban terbaru Influenza A (H1N1) kelmarin selepas kali terakhir wabak itu meragut nyawa seorang pelajar, lima bulan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki itu yang menunjukkan tanda jangkitan Penyakit Serupa Influenza (ILI) pada 27 Mac lalu, mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada 4 April lalu.

"Hasil ujian makmal mengesahkan mangsa dijangkiti H1N1. Mangsa juga mempunyai faktor risiko obes dan mengalami komplikasi lain termasuk kegagalan ginjal akut dan jangkitan kuman,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin tenat dan meninggal dunia disebabkan oleh pneumonia H1N1 dengan ‘Acute Respiratory Distress Syndrome’.

Dengan korban terbaru itu, menjadikan jumlah kematian akibat H1N1 di negara ini meningkat kepada 78 kes. Kali terakhir wabak itu meragut nyawa mangsanya di negara ini pada 11 September tahun lalu membabitkan seorang pelajar berusia 15 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.


Lepas ni kena berhati hatilah. Dengan kerancakkan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung, masyarakat seharusnya peka dengan gejala gejala H1N1. Kalau boleh, gunakan penutup mulut dan jaga kebersihan diri serta persekitaran rumah anda.


Nasihat dari pengawal keselamatan Klinik Kesihatan Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

takape en.lepas nie kami akan lebih berhati2

Syamimi Hazirah said...

woooo, sila berhati² jugak yeee

Afzainizam said...

Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

camne nya nak berhati2 virus tu bukan leh nampak pun... but dah kena baru nampak tanda-tandanya itu pun tak berapa jelas... ingat selesema biasa....

ohhhh kat Johor tu.... bahya-bahaya kenagak pakai penutup hidung ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...