Followers

Thursday, March 04, 2010

Penipuan Internet - Aku Tipu Kau

MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.

Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.

Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet.



Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai. Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.

Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.

Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.

Antara gejala paling popular adalah 'phishing' yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.

Antara gejala paling popular adalah 'phishing' yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan. Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.

Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.

Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk 'hint' kata laluan seperti "Apakah nama ibu anda?, "Apakah makanan kegemaran anda?" atau "Apakah rancangan TV kegemaran anda?". Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis.

1 comment:

Syarifah Nadiah said...

biasa la tuh huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...