Followers

Saturday, March 13, 2010

Kembali Pulang

Sudah beberapa hari aku tinggalkan blog ini. Penat berjalan di Hatyai masih lagi terasa apatah lagi sebaik pulang semalam, aku terus demam panas. Hari ini aku terasa sihat sedikit sebab itulah boleh update blog ni.

Aku bertolak ke Hatyai menaiki keretapi dari Kl Sentral. Gerak pukul 10.20 malam dan sampai pukul 11 pagi. Berhenti di Padang Besar, chop pasport dan kemudian terus bergerak masuk ke Hatyai.


Secara jujur, tiada apa yang menarik di Hatyai tetapi yang buat aku respek adalah pelan rekabentuk bandar mereka dan jalanraya. Berjalan disana seolah olah macam berjalan di Jepun.Binaan kedai dan kawasan pejalan kaki yang luas dan cantik. Selain itu, kualiti jalanraya mereka juga adalah lebih cantik dan bagus dari Malaysia.




Sepanjang aku di Hatyai, memang aku tak nampak langsung bonggol, lubang atau jalan yang tidak rata seperti jalanraya di Malaysia. Para penunggang motorsikal juga berdisplin dan tidak melanggar lampu isyarat walaupun mereka tidak memakai helmet atau 3 orang naik satu motor.



Sehari di hatyai, aku bertolak semula ke Danok. Suasana Danok berubah 100% daripada Hatyai. Danok memang 100% seperti bandar Malaysia. Jalanraya yang sesak, kedai dibina tidak teratur dan ratusan pelacur dan bapa ayam bersepah.


Kalau di Hatyai, untuk mencari makanan halal agak susah tetapi di Danok memang banyak makanan halal. Mungkin sebab sudah sempadan Malaysia. Antara yang popular di sana adalah ayam pulut. Bagi aku, ianya tak ada apa keistimewaan. Cuma ayam goreng dimakan bersama pulut putih.

Cuma makanan di sana agak mahal berbanding di Malaysia. Makan tomyam campur untuk 4 orang, nasi putih dan air boleh mencecah sehingga 4900 bath ataupun 49 ringgit Malaysia.

Hotel murah memang banyak termasuk hotel bertaraf 3 dan 4 bintang. Mungkin disebabkan industri seks menjadi tunjang utama kepada Hatyai dan Danok menyebabkan hotel mewah mampu menawarkan harga murah.

Harga untuk melanggan pelacur juga adalah sama seperti di Malaysia. Kebanyakkannya berharga 2000 bath ataupun rm200.00. Kadar tukaran wang mereka adalah 100 bath bersamaan 10 ringgit Malaysia.



Tiada teksi di Hatyai dan Danok. Cuma motor sebagai teksi di Danok dan terdapat Tuk Tuk di Hatyai. Biasanya kadar bayaran bagi Tuk Tuk adalah 20 bath ataupun dua ringgit. Kalau nak berhenti, korang cuma perlu ketuk saja bumbung Tuk Tuk.

Bagi aku memang tiada apa yang menarik disana. Cuma untuk mereka yang gatal dan mahu mencari perempuan, Hatyai dan Danok adalah syurga dunia. Cuma perlu berhati hati kerana banyak yang menipu terutama bapak ayam yang menawarkan perkhidmatan seks di tepi jalan.

Ada lebih kurang 4 kelab yang menawarkan tiger show ataupun tarian bogel. Dikelab inipun banyak yang menipu. Perlu berhati hati dengan perempuan disana. Mereka datang, gesel gesel sikit badan lepas tu minta tips. Sebab itu, elakkan dari bersentuhan dengan mereka. Kalau gatal gatal pergi peluk cium mereka, lepas tu taknak bayar, siaplah. Memang korang tak keluarlah dari kelab tu. Comform kena belasah dalam kelab tu.

Realiti di Danok, umat islam disana hidup dengan maksiat didepan mata setiap hari. Hanya iman yang dapat menentukan kita sama ada kita mahu ikut jalan kegelapan ataupun jalan yang lurus.

6 comments:

iEn said...

jalan sakan.. xbawak balek amoi siam kaa? kokokhohk!

alan said...

mahal ler amoi siam kekeke

Afzainizam said...

~~@@@@@@~~~~~@@@@@@~~
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~@@@@@@~~~~~@@@@@@~~

”Selintas camar yang lalu
membawa sarat harapan
nun di puncak awan biru
sana sayapnya meluas membuka
ruang pandangan manusia
agar mengheret dukanya pergi”

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Hah... sebab tu lah mak aku tak bagi gi danok kat hadyai tu...
kata mak aku " ko ingat kat sana tu bagus sangat ke" tetap pedas aku dengar

bro alan aku tengok anak siam tu yang tiga orang tu pun masyuk beb... boleh tahan lah...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ngee.

hadyai pusat beli belah terbaik :-)

alan said...

afzainizam : memang boleh cair ler kalau tengok amoi amoi siam..awek melayu sanapun chantek chantek..

miss loly: best ke shooping sana? semua barang siam ler..

Anonymous said...

macam bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...