Followers

Monday, January 11, 2010

Iklan Shampoo



Tadi aku dapat satu surat. Aku ingat adalah orang nak bagi aku keje ke, panggil inteviu ke. Rupanya dia bagi aku satu sampel. Sampel shampoo. Shampoo tu namanya Selsun Blue. Macam ada iras iras bunyi filem porno je *opss kang company ni saman aku pulak*


Anyway sebenarnya ni shampoo anti dandruff. Aku dengar iklan ni kat radio Sinar and then akupun sms kan ler alamat supaya dapat satu sampel produk ni. Aku tak try lagi. Maybe esok pagi je lah kot sebab akupun dah mandi wangi wangi petang ni.

Kepala aku sekarang memang tengah semak. Semak dengan masalah, semak dengan dandruff. Disebabkan sejak akhir akhir ni aku simpan rambut maka makin beranak pinak lah dandruff ni. Nasib baik takde kutu je.


Hujung rambutpun cam berbiji. Orang cakap tu sebab rambut tak kering betul lepas mandi. Memang kena potong ler hujung rambut kalau ada masalah macam hujung bercabang, pecah atau sebagainya.

Duitpun takde nak buat treatment. Kalau time keje dulu, memang aku selalu lepak kedai aksesori kereta, salon dan mamak. Lepas tak berpendapatan sendiri, kedai mamak je aku mampu lepak hari hari. Kedai lain dah tak mampu. Nak melintas depan kedai aksesori keretapun aku dah rasa segan.

Tahniah Aizat
Yeaa yeaa Aizat menang AJL malam tadi. Memang patut dia menang. Dan syabas anugerah persembahan dia juga yang menang. Yuna dapat nom dua itupun nasib je. Bukan sedap pun lagu dia. Boring gila. Budget cun je Yuna tu huh. Lebih baik Faizal Tahir yang dapat nom 2.



AJL malam tadipun memang best. Walaupun aku layan kat kedai mamak tapi aku rasa macam tengok life dekat Stadium Bukit Jalil. Cuma saat akhir TV3 ada problem sikit waktu broadcast.

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

http://www.emocutez.com

5 comments:

iEn said...

pakai sikit dulu laa, jgn buh kat kepala 1 botol tu haha

Afzainizam said...

http://firestartingautomobil.blogspot.com

hah dapat free ke syampo tu.... ko boleh lah bersyampo supaya hilang segala kelemumur tu hilang....

klu kat indon kelemumur di sebut ketombe.... geli hati plak nak sebut...

yup tahnia pada juara AJL tu.....
kayolah dia.....

Alan said...

Ien: dia bagi botol kecik je. nak wat camner.

Azli: ketombe hahaha memang kelakar nama tu. kalau menang AJL senang senang dapat 35 ribu..sape nak bagi..

cik EPAL said...

suka gak lagu aizat :)

iEn said...

ooo kecik pon buh ckit2 je besor ibu jari hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...