Followers

Saturday, January 30, 2010

Aku, Dia Dan kamu

Tengah survey youtube tadi, tetiba aku nampak video ni. Teringat balik lagu ni. Dah lama tak dengar pasal band ni. Aku rasa dah pupus kot.



Sayanglah kat Malaysia ni tak banyak band girl. Sekarang ada band Butterfly. Sumer cun cun. Tapi sayang lagu diaorang kureng best. Banyak nyanyi lagu indon balik. Jadi standart mereka seperti band orang kawin je.

Tapi sekarang dah senyap. Tak tahulah kenapa promotion album diorang memang sangat sangat tak ada. Scene muzik Malaysia memang hampeh. Lebih tumpu pada single berbanding band. Nasib baik ada indie band sekarang. Kalau tak memang terkubur terus muzik band kat malaysia ni.

Zaman kegemilangan aku muda remaja dulu (tahun 90 an), banyak gila band tapi band tangkap leleh. Walaupun tangkap leleh sekurang kurangnya terasa meriah scene muzik dulu. Aku ingat dulu, Newboys lah paling popular. Tomok time itupun memang muka budak hingus lagi hak hak hak..



Sejarah mungkin berulang..Walau engkau ku maafkan oh kekasih..Tapi mungkin hanya sementara, Keinsafan dihatimu...

Time itupun aku jiwang gak. Jiwang karat sampai budak panggil aku "tomok pencen". Sial lah korang panggil aku tomok pencen dulu. Adess apesal ler aku jiwang dulu erk..Tapi sekarang emo pulak..Apa beza jiwang dengan emo, aku rasa sama je..bak kata orang tua, "hatiku bukan kristal".

Aku dah tak tahu apa aku merepek ni..Kepala dah blurr..Bila duit takde dalam poket, camnilah jadinya..Ok chow...

1 comment:

Anonymous said...

jiwang karat hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...