Followers

Thursday, December 24, 2009

Amalan Mat Kilau

http://www.emocutez.com

Salam 1 Malaysia *macam berita RTM lak heheee*

Sebagai anak jati Pahang, yang lahir dan dibesarkan di Pahang, dan insyaallah akan mati dan dikebumikan juga di bumi Pahang sudah pasti amat mengenali pahlawan Pahang.



Pahlawan Pahang sebenarnya ramai tapi yang popular cuma 3 iaitu Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Gajah @ Imam Rasu. Aku pasti ramai yang tahu tentang mereka bertiga. Tentang perjuangan mereka dan sejarah mereka.



Aku ada dapat ilmu yang dikatakan menjadi amalan Mat Kilau dahulu. Ilmu ghaib yang banyak membantunya semasa berperang dengan British dahulu.

Amalan 1: Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)

Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:(Untuk Kuat dan Gagah)

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4: (Pendinding Diri dan Meringankan Badan)

Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail La Allah

sumber klik sini

Ini antara ilmu yang diamalkan oleh Mat Kilau. Tetapi aku tidak menggalakkan anda beramal dengan ilmu ini kerana ilmu tanpa berguru, maka syaitanlah menjadi gurunya.

Semua ilmu batin mempunyai khadam. Mungkin khadam ini adalah syaitan. Kita sendiri tidak tahu kerana Mat Kilau sendiri telah lama meninggal dunia. Jadi kita tidak boleh bertanya lagi kepada sesiapa.

Kalau nak amalkan juga, segala risiko dan kemudaratan adalah ditanggung oleh anda sendiri. Apa yang aku catat ini cuma nak kenalkan anda denga ayat ayat mentera orang terdahulu. kebanyakkan bomoh dan pahlawan dahulu mengamalkan ayat ayat sebegini.

"Tegak Aku seperti Alif, Lindung aku dalam kalimah La IlahHail LaAllah"

Biasanya mereka akan membaca dan menyeru sesuatu dan diakhiri dengan kalimah Allah. Ada yang mengatakan ianya syirik. Kerana jelas mencampur adukkan ayat tertentu dengan ayat Al Quran.

Tapi secara peribadi, aku percaya kalau kita tetap yakin kepada Allah s.wt, nescaya Allah s.w.t akan tetap membantu kita.Kerana itulah kemana saja aku pergi, aku tetap berpegang kepada kalimah ASH-HADU AN LA ILAHAIL LALLAH, WA ASH-HADUANNA MUHAMMADA RROSULULLAH

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH.

Ye aku orang Pahang. Taat setia aku hanya pada negeri Pahang dan sultan Pahang.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

http://www.emocutez.com

5 comments:

Afzainizam said...

salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

tentang Tok gajah eeeemmm pejuang bangsa melayu... menentang penjajahan....

semoga Allah jua membalas jasa bakti seorang pejuang Agama, bangsa, dan tanah air....

Ya Allah kau berkatilah dan rahmatilah pejuang negara samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita.... Amin...

Afzainizam said...

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

tentang amalan yang digunakan oleh orang zezaman dulu..nak kebal atau pendinding diri tu bagi aku yang baik tu baiklah

tapi ilmu yang buruk jauhkan kelak menyusahkan diri....

Zamz said...

emm mesti byk lagi amalan kan..takkan yg ni je hehe

sheikh mustafa kamal al aziz said...

emo boy,

tahniah kerana meminati perjuanagan pahlawan pahang. Kalau nak lagi biodata tentang mat kilau sila lawati blogger saya dan copy ceritanya. Persilakan...

tq

The Spiral Eyes said...

bukankah setiap yang khurafat itu membawa kepada syirik

dan nabi tidak pernah mengajar semua ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...