Followers

Tuesday, December 22, 2009

Istana Jahar, Kelantan

http://www.emocutez.com

Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) ini pada asalnya merupakan bangunan satu tingkat dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara. Istana ini mula dibina menggunakan kayu sepenuhnya pada zaman akhir pemerintahan Sultan Muhammad 11 (1837 - 1886). Pernbinaannya siap pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11. Istana ini dibina sebagai hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda Long Kundur dengan Tengku Embong, puteri kepada Tengleu Puteh, Raja Pattani 111.

Pada masa itu Long Kundur bergelar Raja Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11 pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya Long Sulong yang memakai gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad, bangunan Istana Jahar in! terus didiami oleh anakandanya Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak lama memerintah Kelantan. Pada tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan mangkat.

Pada zaman pemerintahan KDYMM Sultan Ismail Petra (1979 - sekarang), baginda telah mengampuni perkenaan bangunaan Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian perlu dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitrnya yang memerlukan kerja-kerja 'land-scaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Struktur Bangunan
Sejarah perkembangan senibina merupakan cermin kepada peradaban, kebudayaan, emosi dan falsafah bidup sesuatu bangsa. Sejarah senibinajuga dapat menjadi bukti nyata tentang kemahiran dan kemajuan yang dicapai dan secara tidak langsung dapat melambangkan identiti sesuatu kaum/bangsa itu sendiri. Rekabentuk bangunan Istana Jahar ini adalah merupakan gabungan antara dua pengaruh iaitu Timur dan, Barat. Pengaruh daripada Barat jelas kelihatan pada bentuk atapnya di bahagian hadapan (anjung) Istana Jahar.

Bentuknya berbeza dengan bentuk atap rumah 'bujang' atau 'rumah tiang dua belas' masyarakat Melayu negeri Kelantan.Begitu juga dengan bentuk tiang-tiang yang menyokong bangunan Istana Jahar ini. Tiang-tiangnya berbentuk 'cylinder', berbeza dengan tiang rumah Melayu yang biasanya berbentuk bulat atau pun empat segi sahaja. Bangunan Istana Jahar dibina berbentuk empat persegi panjang dan mempunyai dua tingkat. Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan dihubungkan melalui dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian belakang Istana Jahar. Di bahagian bawah Istana Jahar ini terdapat tiga ruang yang utama serta koleksi pameran iaitu:

Ruang Surung
Terletak dibahagian hadapan berhampiran pintu masuk, memanjang ke bahagian kiri dan kanan kira-kira 57 meter dan melebar ke belakang kira-kira 7 meter. Ruang ini dahulunya digunakan oleh Sultan untuk menyambut tetamu dan pelawat yang berkunjung ke istana. Kini ruang ini digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis koleksi tekstil. Antaranya ialah Kain Limar, Kain Limar Songket, Kain Punca Potong, Kain Aceh Rosak dan lain-lain.

Ruang Serambi
Terletak dibahagian kanan dan kiri ruang surung, dengan keluasan 5.17 meter panjang dan 7 meter lebar. Ruang ini dahulunya digunakan sebagai tempat tinggal pengawal-pengawal tetap istana.

Kini kedua-dua bilik ini digunakan untuk mempamerkan Adat Istiadat Diraja. Bilik di sebelah kanan digunakan sebagai bilik bertunang dimana segala peralatan dan perkakas yang digunakan semasa istiadat pertunangan berlangsung dipamerkan.

Bilik di sebelah kiri pula digunakan sebagai bilik peraduan. Bilik ini digunakan oleh pengantin Diraja selepas istiadat persandingan. Berbagai jenis peralatan dan sajian kuih-muih untuk santapan pengantin juga dipamerkan.

Ruang Tengah
Ruang ini dikenali juga sebagai Balai Tarik, mempunyai keluasan 57 x 25.47 meter. Ruang ini digunakan untuk acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, kesyukuran, tempat persembahan kesenian seperti tarian dan nyanyian sebagai hiburan.

Balai tarik ini dipisahkan dengan ruangan surung oleh dinding kayu yang mempunyai 3 pintu kecil. Dinding ini dibuat daripada kayu cengal dan disusun mengikut motif janda berhias.

Kini ruang tengah ini digunakan sebagai ruang utama untuk mempamerkan Istiadat Persandingan Pengantin Diraja. Selain daripada itu ruangan tengah ini juga digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis alat perhiasan diri kaum wanita seperti gelang kaki, rantai leher, dokoh, kerongsang dan lain-lain.

Di sudut belakang Istana Jahar ini terdapat dua buah tangga berpusing bagi menghubungkan tingkat satu dan dua. Tangga ini diperbuat daripada besi tuang yang diimpot daripada luar negara. Bahagian bawah Istana Jahar ini dindingnya dibuat daripada batubatu berlapis simen/plaster. Di bahagian hadapan dindingnya memanjang hingga ke tingkat dua dibuat daripada kayu yang di susun mengikut motif janda berhias. Bagi mencantikkan lagi pandangan, dindingnya diselang-selikan dengan kaca.

Di bahagian dalam pula tiangnya dibuat daripada simen dan berbentuk bulat, manakala lantainya daripada batu marmar. Di tingkat dua pula keseluruhan lantai dan dinding bahagian dalam adalah daripada kayu cengal. Pembahagian ruang di tingkat dua ini juga boleh dibahagikan kepada 3 ruang dengan koleksi pameran iaitu;
  • Ruang Surung.
  • Ruang Peraduan.
  • Ruang Pakaian.
  • Ruang Surung/Anjung
Ruang ini memanjang ke hadapan berukuran 20 x 8 meter. Ruang ini berlantaikan kayu cengal dan tidak berdinding, dan hanya dipagari dengan besi tuang yang berukir sehingga 1 meter. Fungsinya adalah sebagai tempat beristirehat.

Ruang Bilik Peraduan

Bilik ini berukuran 5.25 x 57 meterdan dahulunya digunakan sebagai bilik peraduan raja. Di kiri dan kanan bilik ini terdapat dua bilik kecil yang berfungsi sebagai bilik tidur putera dan puteri sultan. Keseluruhan bilik ini diperbuat daripada kayu cengal dan di bahagian atas dindingnya dipasang dengan ukiran tebuk tembus yang dikenali dengan nama jelaja. lanya berfungsi untuk mencantikkan pemandangan dan mengalirkan udara agar keadaan sub dalam bilik sentiasa nyaman.

Kini bilik peraduan ini digunakan sebagai balai pameran untuk mempamerkan adat istiadat Diraja dizaman dahulu. Bahagian bilik-peraduan Diraja dipamerkan adat melenggang perut dan adat rnenyambut kelahiran.

Bilik yang kecil di sebelah kiri pula digunakan sebagai bilik mandi berlimau bagi ibu yang lepas bersalin dan lepas pantang. Manakala bilik ke sebelah kanan digunakan untuk mempamerkan peralatan dan alat membelah mulut, bercukur dan naik endor (buaian) putera dan puteri Diraja.

Ruang Pakaian
Ruang ini terletak di sebelah kiri dan kanan di antara ruang anjung/surung dan bilik peraduan. Ruang ini berukuran 4.5 x 6.4 meter digunakan untuk menyimpan segala peralatan dan pakaian Diraja. Dahulunya ruang ini mempunyai dinding di tepi membentuk seolaholah sebuah bilik. Bagi maksud menjadikannya balai pameran maka dinding tersebut telah dibuang. Sebelah kanan ruang ini digunakan untuk mempamerkan adat istiadat memijak tanah putera/puteri Diraja. Di sebelah kiri pula digunakan untuk mempamerkan adat istiadat berkhatan bagi putera raja.

Di antara Ruang Anjung dan Bilik Peraduan ini terdapat satu ruang yang kosong yang tembus ke bawah. Daripada atas kita dapat melihat ruang-ruang di bawah dengan jelas. Ruang ini berbentuk bujur telur berukuran 10.06 meter panjang dan 3.33 meter lebar. Ruang ini dipagari sekeliling dengan besi tuang yang berukir setinggi 1 meter. Fungsinya adalah sebagai hiasan dan juga untuk kemudahan berhubung antara tingkat atas dengan bahagian bawah tanpa perlu menggunakan tangga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website ini : Perbadanan Muzium Kelantan

http://www.emocutez.com

3 comments:

aShaBuLz said...

aiyoo...great2...very detail info..

alan said...

biasa je info ni

ct~vasgue said...

thankz dgn info2 yg ada..sy dpt siapkan assignment sy.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...