Followers

Tuesday, November 10, 2009

Mimpi Dikejar Zombi

http://www.emocutez.com

Aku tak ingat bagaimana mimpi ni bermula. Tapi yang aku ingat ianya bermula dari sebuah empangan pecah dibandar Bentong, tempat aku. Dari empangan pecah itulah keluarnya hantu hantu tapi mereka bukan zombi. Hantu apa aku tak pasti. Macam alien pun ada.



Start dari situlah, mereka mula menyerang orang ramai. Dalam mimpi ni, aku lari bersama awek lama aku bersama anak kami. Anak kami aku rasa dalam lingkungan setahun lebih sebab aku terpaksa mendukungnya.



Part best tiba tiba aku boleh pakai kereta "subaru impreza" time nak lari dari hantu hantu tu. Tapi kereta kami tersangkut kat Terowong Bentong sebab jalan dah jem. Ramai sangat orang nak lari. Jadi kami mengambil keputusan berlari sepanjang highway bersama orang ramai. Pada masa sama, hantu hantu celaka tu semakin dekat dan menyerang orang di barisan belakang. Askar dengan polis cuba tembak tapi tak ada kesan. Akhirnya mereka yang mati kena makan.


Awek aku tak dapat nak lari lagi jadi dia serahkan anak kami pada aku. Aku terpaksa tinggalkan dia sebab nak selamatkan anak kami. Kemudian akupun larilah sepanjang highway KL-Karak untuk sampai ke Kuala Lumpur.

Tapi yang aku pelik, aku tak sampai ke Kuala Lumpur tapi terus sampai ke Shah Alam. uikss macam mana jadinya tu. Tapi aku tak peduli, aku terus je lari. Macam macam orang yang aku jumpa sepanjang aku berlari. Aku ada jumpa sedara aku, jiran aku malah cikgu sekolah aku dulu.

Di Shah Alam, aku nampak pulak kolej lama aku, Kolej Yayasan Melaka. KYM ada kat Shah Alam? Ah lantaklah peduli apa aku. Aku tengah nak lari dari hantu. Orang dimakan oleh hantu tu itulah yang menjadi zombi. So bayangkan berapa ramai orang mati yang jadi zombi. Memang susah gila nak lari.



Aku lari ke asrama KYM. Masa tu, kawasan Shah Alam masih tak diserang lagi. Bolehlah aku duduk rileks jap sambil beri makan anak aku. Aku try call awek aku tapi dah tak dapat. Tiba tiba gempar di asrama KYM sebab zombi dah sampai.


Akupun apa lagi terus lari ikut pintu pagar belakang. Aku lihat ramai student yang kena makan dengan hantu/zombi.

Keluar dari pagar belakang, aku terus lari celah celah kedai dan sampai ke kawasan flat. Sebijik macam Flat Pekeliling yang dah diruntuhkan kat KL tu. Aku masuk ke sebuah kawasan Flat. Nampak dari luar nampak macam ada 5 6 tingkat tapi bila aku masuk dalam flat cuma ada 3 tingkat je. Pelik aku memikirkan benda ni.



Aku cuma boleh sampai tingkat 2 sebab pintu ke tingkat 3 dah dikunci. Aku terus duduk ditangga berehat. Bila tengok sekeliling, nampak macam flat ahli kongsi gelap je. Kemudian datang seorang cina. Muka dia sebijik sama dengan tokey cina yang selalu aku beli dvd.

Dia tanyalah apasal aku duduk kat tangga tu.

"aku lari dari zombilah. Sekarang semua orang matilah."

"Betul tu. Tapi aa saya rasa itu zombi boleh lompat sampai tingkat 3 woo." balas cina tu.

Habis je dia cakap tu, terus sekor hantu muncul kat tepi koridor flat. Kita orang inipun terus lari kebawah sebab nak naik tingkat 3, pintu terkunci. Entah maca mana, cina tu tarik anak aku lari bersama dia, aku pulak lari ke arah lain.

Aku terus keluar dari bawah Flat. Rupanya banyak betul zombi. Hampir separuh Shah Alam dah diserang. Yang celakanya zombi ni semuanya boleh berlari macam orang biasa. Ini yang buat aku semput nak lari dah. Aku pikir nak bunuh diri dah sebab tak nak mati kena makan.

Tiba tiba aku tersedar yang aku ni dalam mimpi. Entah macam mana, aku punyalah layan takut, boleh tak perasan yang aku sebenarnya dalam mimpi.

Bila dah sedar yang aku ni mimpi, terus aku niat nak bangun. Secara automatik, aku terus terjaga dari tidur. Tengok jam dah pukul 7.20 pagi. Adoi sakit hati je macam mimpi ni. Mengarut betul rasa. Tapi rasa tak puas hati gak sebab tak dapat lawan zombi tu.

Bangun tidur je, terus bukak blog dan post cerita ni. Sebab kalau buat lambat nanti lupa pula jalan cerita mimpi aku. Inipun dah lupa separuh. Sebab tak ingat macam mana mula mula mimpi ni. Huh penat penat....

http://www.emocutez.com

5 comments:

HuSnA said...

ni kes tdo x basuh kaki nih..ape da..nasib baik ko x kene cekik dgn zombi2 tuh.kalo x bgn tdo kene jemur tilam ler..hehehe

alan said...

adeh bukan tak basuh kaki..tak tahulah napa..maybe ilham dtg suruh wat movie kot hehee

Anonymous said...

patut kene smyg subuh gajah pas jaga dr mimpi..

Afzainizam said...

Salam dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri..

Tapi dalam sesuatu mimpi bukan nya mainan tidur

Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang melihat aku dalam mimpi, maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar (hak)

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Ia bercerita bahwa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat segumpal awan yang meneteskan minyak samin dan madu. Kemudian aku melihat orang-orang menengadahkan tangannya pada tetesan tersebut mereka ada yang mendapat banyak dan ada pula yang hanya mendapat sedikit. Lalu aku melihat seutas tali yang terentang dari langit sampai ke bumi kemudian melihat engkau memegang tali tersebut lalu engkau naik ke atas. Kemudian ada seorang lelaki memegang tali tersebut setelahmu, dan naik ke atas. Ada juga seorang lelaki lain memegang tali tersebut namun terputus, kemudian setelah disambung lagi, lelaki itu naik ke atas. Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Untuk engkau aku mengorbankan bapakku dan demi Allah, izinkan aku untuk mentakwil mimpi tersebut. Rasulullah saw. bersabda: Takwilkanlah! Abu Bakar berkata: Segumpal awan tersebut berarti awan Islam. Tetesan yang berupa samin dan madu adalah Alquran dari segi manis dan halusnya. Orang-orang yang menengadahkan tangannya pada tetesan tersebut berarti orang-orang yang banyak menghayati isi Alquran dan yang hanya sedikit penghayatannya terhadap Alquran. Adapun seutas tali yang tersambung dari langit sampai ke bumi adalah kebenaran yang engkau bawa. Engkau memegang tali tersebut lantas Allah mengangkat engkau dengan tali itu. Kemudian setelah engkau, ada seorang lelaki yang memegang tali tersebut dan naik ke atas dengan tali itu. Ada seorang lelaki lain yang memegang tali tersebut dan naik ke atas dengan tali itu. Dan ada seorang lelaki yang lain lagi memegang tali tersebut, namun terputus dan setelah disambung lagi baru dia naik ke atas dengan tali itu. Ceritakan kepadaku, wahai Rasulullah! Untuk engkau aku mengorbankan bapakku! Menurut engkau, apakah takwilku itu tepat atau tidak? Rasulullah saw. bersabda: Sebagian yang kamu jelaskan itu ada yang tepat dan sebagian ada yang salah. Selanjutnya Abu Bakar mengatakan: Demi Allah, wahai Rasulullah, beri tahu aku mana kesalahanku! Beliau bersabda: Kamu jangan sering bersumpah....

Tapi dalam ko mimpi tu... kena kejo dgan zombie tu... ko tak baca doa tido lah tu......

alan said...

hahaha dah nasib badan..nasib baik aku dapat lari heheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...