Followers

Sunday, November 08, 2009

Jom Pergi Britain

http://www.emocutez.com

Aku dari kecik dok pendam hajat nak pergi ke Eropah satu hari nanti. tapi rasanya sampai ke akhir hayat memang akutak ada peluang daa. Hajat hati nak belajar kat Oxford University tapi hanya sampai ke Kolej Yayasan Melaka je. Dah tak boleh pergi jauh dari tu sebab kekurangan dana hehehee.

Tapi kalau aku boleh pergi Oxford, maka akulah satu satunya wakil anak kampung aku yang berjaya sampai ke sana heheheeee.



Tapi kalau anda memang benar benar berhajat dan kewangan anda pun membolehkan hajat anda semua termakbul, anda pergilah check kat website ni. www.visitbritain.com.my



Ada banyak tempat menarik kat Britain ni sebenarnya. Antaranya adalah :

  • Di sini anda sebenarnya boleh belayar sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan di beberapa tempat menarik seperti di tasik terbesar di England, tasik Windermere. Anda juga boleh belayar di tasik Loch Katrine dengan menggunakan kapal stim, SS Sir Walter Scott sambil menjelajah ke daerah Rob Roy. Selain itu anda juga boleh melayari sungai Thames ke daerah terkenal seperti Oxford dan Windsor.
  • Sebenarnya terdapat pelbagai galeri yang boleh dikunjungi. Antaranya Tate Modern, Galeri Whitechapel, Galeri Pallant House dan beberapa lagi. Kesemua galeri ini menempatkan pelbagai pameran seni dari yang berkelas dunia hinggalah produk seni hasil kreativiti anak tempatan.
  • Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak mungkin anda boleh mencuba aktiviti berjalan kaki ke beberapa kawasan hutan yang mempunyai pelbagai pemandangan menarik. Anda boleh cuba 15 Taman Negara antaranya Cotswold Way. Semua ini mempunyai keluasan 130,000 batu dari Britain hingga ke Ireland.
  • Mungkin ramai yang tidak mengetahui sukan tenis berasal dari negara ini dan mula dimainkan sejak kurun ke 19. Kejohanan tenis Wimbledon yang juga antara kejohanan tenis utama dunia turut mempunyai sebuah muzium menarik yang mempunyai pelbagai koleksi tentang sukan ini. Terdapat juga artifak tentang tenis yang bertarikh tahun 1555. Malah gelanggang tenis tertua yang masih wujud masih lagi digunakan sehingga kini iaitu gelanggang Hampton.
  • Untuk pengetahuan anda terdapat 90 pulau yang diduduki di sekitar perairan Scotland. Oleh itu menjelajah semua pulau-pulau ini dengan menaiki feri yang sentiasa menanti dan menyediakan khidmat yang terbaik pastinya akan membuat diri anda berasa dihargai. Dari pulau Arran di selatan hingga ke pulau Lewis di utara anda boleh melihat sendiri keindahan dan keunikan pulau-pulau yang terdapat di sini.
  • Mungkin sebelum ini anda membayangkan menginap di istana lama untuk menyelami sendiri kehidupan pemimpin dan rakyat Britain di zaman silam. Sebenarnya perkara ini boleh dinikmati dan lebih menyeronokkan ia tidak melibatkan kos yang mahal. Anda boleh mencuba menginap di sebuah istana yang dikelilingi parit yang dibina pada abad ke 16. Atau pun menikmati kehidupan di ladang-ladang yang dilengkapi kincir air pada harga bermula 12 paun (RM67.70) semalam. Banyak yang telah ditambah baik bagi membuat kawasan-kawasan ini lebih menarik antaranya tumbuhan bunga ros yang dibiarkan tumbuh meliar dan hiasan dalaman yang dibuat menyamai zaman pertengahan.
  • Bagi mereka yang mahukan kelainan anda boleh mencuba melawat beberapa kawasan yang dikatakan berhantu yang terletak bertaburan di seluruh negara itu seperti di Bath, Lincoln, York dan Edinburgh. Walaupun ada sesetengah rumah tersebut yang telah dihias untuk kelihatan lebih menyeramkan sekadar untuk menambahkan keseraman namun pastinya ia masih mampu menaikkan bulu roma anda dan mungkin hingga terbawa-bawa dalam tidur.
  • Bagi mereka yang meminati kesusasteraan Inggeris, Britain merupakan antara negara yang harus anda lawati. Sebut sahaja sasterawan unggul dari Jane Austen, Thomas Hardy, William Shakespeare dan Beatrix Potter pastinya nama-nama besar ini sudah cukup untuk membuat anda teruja apatah lagi jika berpeluang melawat rumah mereka. Oleh itu peluang untuk melawat rumah kelahiran Shakespeare dan taman Peter Rabbit pastinya satu peluang yang tidak boleh dielakkan kerana anda boleh melihat dan melihat sendiri bagaimana mereka membesar sehingga boleh menjadi sasterawan unggul.
  • Satu perkara yang sangat menarik dan telah meninggalkan pengaruh kepada kebanyakan orang di seluruh dunia ialah tentang kebolehan mereka dalam berkebun. Sememangnya England terkenal dengan taman-taman yang dipenuhi terutama di sekitar istana. Taman botanik pertama telah dibuka di Oxford pada 1621 dan pada kurun ke 17 kebanyakan orang kaya di sana harus menghiasi rumah atau istana mereka dengan pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Semangat berkebun pada masa sekarang masih lagi menebal di kalangan mereka malah ia semakin berkembang dengan tertubuhnya "Projek Eden" di Cornwall dan Taman Botanik Kebangsaan Wales di Carmarthen.
  • Satu lagi perkara menarik yang anda boleh lakukan ialah melawat kawasan perkuburan yang menempatkan mereka yang terkenal di dunia. Terdapat lebih 800 plak mereka yang ternama di tampal di dinding antaranya penyair, ahli politik dan pelbagai lagi. Mungkin jika anda bernasib baik anda boleh melihat sendiri kubur Jimi Hendrix ataupun pengasas Singapura Sir Stamford Raffles.
  • Yang terakhir mungkin anda adalah peminat sejarah yang mahu melawat kawasan bersejarah. Oleh itu anda layak mendapatkan pas yang membolehkan anda melawat ratusan rumah bangsawan, istana mahupun taman bunga yang indah yang hanya diberikan kepada pelancong asing. Pas "The Great British Heritage" melayakkan anda melawat 580 diseluruh Britain. Dengan ini anda tidak perlu beratur untuk melawat Istana Alnwick yang dijadikan sebagai kolej Hogwarth dalam filem Harry Potter.
So tunggu apa lagi. Segeralah pergi melancong. Memang best kalau pergi...tapi kalau baik hati, belanjalah aku sekali heheeee



http://www.emocutez.com

2 comments:

iEn said...

jom2 melancong.. ang sponsor aku taw hahaa

alan said...

hang kena sponsor aku heheheee..nak pegi honeymon nanti bawak aku skali hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...