Followers

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Khas Aidilfitri

Di hari yang mulia ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan taulan serta pengunjung setia / tak setia blog ini. Jika ada salah dan silap, harap maafkan lah..kalau tak nak maafkan..lantak korang lah..Peduli apa aku...

Seperti raya yang sudah sudah..aku tetap kalah lawan mercun dengan jiran sekampung. Celaka mercun merdeka 18 das yang aku pesan dah habis. Kalau tak memang aku lawan habis habisan. Harap tahun depan aku dapatlah mercun yang aku nak. Aku nak kasik gempak satu kampung.

Setiap das yang mereka lepaskan, aku cuma dapat lawan dengan mercun bola dan thunderclap. Apa barang Thunderclap lawan Mercun Merdeka. Macam kereta Proton lumba dengan Evo X lah jawapnya. Comform aku tercicir.

Buat pengunjung blog yang rasa diri tu baik, setia menyahut seruan kerajaan dan sokong keamanan, aku cadangkan janganlah bermain mercun. Tak baik main mercun ni. Bahaya. Mercun hanya sesuai untuk mereka yang berjiwa ganas dan hati kering. Dan comform hanya buat mereka tak takut mati atau malu bila cacat akibat mercun mahupun ketika ditangkap polis.

Dan janganlah sedih sedih time raya. Mereka yang pergi biarlah pergi. Kita yang hidup ini hendaklah teruskan hidup. Nak lagi happy moh kita pergi beraya sambil collect duit raya. Jom kita takbir ramai ramai memuji kebesaran Ilahi di Aidilfitri ini..



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

1 comment:

Farha Aly Tan said...

i love to hear takbir raya..
bnda yg i nanti2 kn every year. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...