Followers

Sunday, August 16, 2009

Welcome To Underworld



Pagi tadi ada gotong royong membersihkan tanah kubur sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Biasalah dekat dekat nak raya baru ada majlis camni. Kalau tak jangan haraplah semua orang nak datang.

Bila aku sampai tadi, semua kubur macam pakat pakat pokok kemboja siapa yang paling tinggi tumbuh. Semuanya naik tinggi menjulang. Dengan rumput panjang tak berpotong. So kerja pertama aku adalah "memancung" semua pokok yang gatal nak tumbuh atas kubur.

Semak Gila



Sebelum


Selepas

Bila pokok dah "clear", barulah batu nesan masing masing nampak. Kalau tak, dah tersorok terus. Bila dah lama tak pergi kubur, baru nampak semakin ramai "orang baru yang pindah". Akupun dah fikir fikir kat manalah pulak rumah aku nanti. Kalau boleh aku nak dekat dengan keluarga aku. Tapi nampaknya aku kenalah duduk jauh sikit huhuhu...



Aku dengan ayah aku


This is my mom


Ini aku dengan kakak aku




Antara "orang lama" kat kubur ni. Akupun tak tahu kubur siapa. Waris warispun dah takde. Kubur kubur lama sini gunakan batu sungai sebagai nesan dan tanda kubur.

Kalau aku, aku nak guna nesan special. Nesan yang dah berkurun lama orang tak pakai. Nesan apa? Aku nak guna Nesan Aceh. Nampak old skool sikit. Macam kubur sultan dulu dulu hehehe.


Contoh Nesan Aceh

Ni stail kubur yang aku minat. Tapi rasanya dah takde orang yang boleh bina macam ni. Kalau adapun maybe kos dia mencecah ribuan ringgit.


Aku minat stail ni

Tapi stail kubur sekarangpun cantik juga. Tapi dah banyak sangat orang pakai. So tak bestlah.





Jadi apa pilihan anda? Tapi tak kisahlah stail kubur apapun pilihan anda, yang penting bekalan yang anda bawa bersama. Kalau tak cukup, takkan anda nak ketuk kubur orang sebelah minta sikit. Malulah sikit. Atas dunia berlagak, dalam kubur baru nak minta tolong orang.

Setakat itu sajalah citer pasal "underworld" ni. Jangan lupa pulak sedekah Al Fatihah buat mereka yang telah tiada. Karang kena lempang dengan mereka baru tahu. Ok chow...

3 comments:

Anonymous said...

Salam, Alan.
Dua kali rasa terharu bila buka blog ini. Terharu pertama kerana kesudian saudara meletakkan iklan minyak Morhabshi. Terharu kedua apabila membaca kisah saudara yang membersihkan kuburan keluarga.

Saya cadangkan saudara mendaftarkan diri dengan morhabshi.com. Sekurang-kurangnya ia berguna untuk kami melakukan kajian dan pemerhatian terhadap kecenderongan dan behavior para pengunjung.

Terima kasih sekali lagi dan semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas para arwah yang saudara sayangi itu.

alan said...

terima kasih kerana sudi melawat blog saya. tentang pendaftaran, saya sudah mendaftar dengan morhabshi.com

Mrs Nurul said...

nice..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...