Tadi aku tonton Talentime. Sebuah cerita yang menarik dari Allahyarham Yasmin Ahmad. Setelah dia pergi, rasanya tiada lagi pengarah yang benar benar berjiwa Malaysia. Semua pengarah sekarang hanya pentingkan duit. Dan cerita yang dibuat juga kebanyakkannya merepek. Cukup memalukan...
Talentime mengingatkan aku kepada zaman remajaku. Zaman sekolah yang penuh warna warni. Suatu zaman yang Malaysia baru mengenal internet, telefon yang paling canggihpun nokia 3310. Zaman dimana surat masih lagi digunakan sehinggalah sms pada masa kini telah mengantikannya.
Kenangan form 1 tak banyak yang diingat. Cuma rasanya zaman remaja ku bermula apabila di tingkatan dua. Semuanya indah sehinggalah tamat form 5. Pelik masa sekolah, semua kaum dapat bermain bersama, makan bersama dan belajar bersama. Tetapi setelah melangkah alam pekerjaan, semuanya mula berbuat hal sendiri.
Banyak peluang yang telah aku lepaskan semasa sekolah. Kalaulah masa dapat ku undurkan semula, aku akan perbaiki semua kesalahan yang aku buat. Banyak hati yang terluka kerana aku tidak memberi perhatian kepada mereka. Dan kini mungkin balasan yang aku terima sehingga hidup aku sunyi.
Habis menonton Talentime, aku tersedar aku kini dah tua. Begitu cepat masa berlalu. Dari berumur 14 tahun, kini aku sudah 25 tahun. Begitu banyak masa berlalu. Banyak peluang telah terlepas dari hidupku. Lagi beberapa bulan aku akan berumur 26 dan begitulah seterusnya.
Orang lain telah tetap masa depannya sedangkan aku masih mencari haluan dan masa depan. Selama keluarga aku masih ada, aku tetap hidup senang tetapi bagaimana kehidupan aku setelah berumur 50, 60 dan seterusnya. Mungkin aku akan hidup merempat di rumah usang. Kalau bernasib baik, dapat berteduh di rumah orang tua.
Dan akhirnya aku mati keseorangan tanpa sesiapa disisi. Mungkin ini takdir ke atas diriku. Mati didalam kesunyian........
1 comment:
biasalah bro..hidup kena teruskan
Post a Comment