Followers
Sunday, June 14, 2009
Sucikan Hati
Tadi aku menonton drama sucikan hati di TV3. Bagi aku ianya merupakan sebuah drama yang agak bagus dengan jalan cerita yang baik dan barisan pelakon yang mantap. Ianya sempena hari bapa, dimana pengorbanan bapa didalam menjaga dan mendidik anak anaknya sehingga berjaya.
Mengisahkan seorang pemuda yang begitu bencikan bapanya kerana beranggapan bapanya punca kemiskinan hidup mereka. Ditambah pula perangainya seorang yang suka merempit dan sering diketawakan oleh rakan rakan menyebabkan dia semakin membenci bapanya.
Sehinggalah dia bekerja disebuah perkuburan dan mengenali seorang pemuda yang sering menasihatinya. Suatu malam, dia terlanggar bapanya yang pulang dari surau dan dia koma. Semasa koma, dia melihat ayahnya mati didalam kemalangan tersebut sehinggalah dia menyesal.
Ini adalah drama kedua yang membuatkan aku menanggis. Mengenangkan ayah yang telah lama tiada. Tapi perkara lepas jangan dikenang. Kita yang hidup perlu teruskan hidup. Buat yang masih mempunyai ayah, ucapkanlah sayang anda kepada dia semasa hayatnya ada. Janganlah semasa ketiadaanya, baru hendak menyesal.
Selamat Hari Bapa buat semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Minta hubungi email ini segera,
ada perkara mahu beritahu.
Email : warispahang@yahoo.com
Post a Comment