Followers

Tuesday, June 23, 2009

Akan Ku Kenang Cinta Kita Selamanya

MyEm0.com

Pernah ada rasa cinta antara kita namun kini hanya tinggal kenangan. Ingin kulupakan semua tentang dirimu namun itu ku tak mampu lakukan.

Jauh sudah kau meninggalkanku tetapi disini aku masih merinduimu. Kini kucuba mencari pengganti dirimu namun tiada yang sama kutemui.

Sinar suria menerangi siang. Sinar rembulan menyinari malam. Begitulah yang kurasakan. Cintaku tidak pernah terpadam. Dalam lagu kucurahkan perasaan. Setulus hatiku menyampaikan. Kaulah satu yang sangat kuharapkan. Sebagai lambang percintaan.

Kubujuk hati nan rindu. Melihat kau berlalu pergi. Terpegun bagaikan mimpi. Melihat kau pergi meninggalkan aku sendiri. Bersama membelah pantai dan lautan, dan kini aku menyedari kau tiada lagi dan membawa pergi kejujuranmu bersama kesetiaanku.

Kata akhir darimu, bersama cindai putih. Kau bawa bersama kasih yang tidak kesampaian....

Abang masih merinduimu Aina. Cinta kita terhalang dek kehendak keluargamu namun dihati ini, hanya kau teristimewa selamanya......



MyEm0.com

2 comments:

iEn said...

dengar sinarfm jelah camtu.. kwang3

alan said...

yelar cik ien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...