Followers

Sunday, May 03, 2009

Jom Kena Selsema BABI!

MyEm0.com

Malaysia berkemungkinan akan diancam penyakit Selsema Babi. Selsema babi ini yang mempunyai kaitan saudara sepupu dengan selsema burung telah merebak dengan pantas diseluruh dunia.


Untuk melindungi diri serta keluarga tersayang, anda memerlukan lebih daripada insurans nyawa dan harta benda. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis topeng muka di farmasi tetapi ianya tidak secanggih dan selamat seperti yang anda sangkakan.

Contoh Topeng Yang Kurang Berkualiti

Untuk selsema babi, anda perlukan lebih daripada itu. Jangan ketinggalan, nanti menyesal tak sudah. Dengan menggunakan topeng syarikat kami, keselamatan anda kini lebih terjamin. Malah anda akan kelihatan lebih up to date dan macho dimata orang kampung.


Pakej Standart

Sekiranya anda memilih pakej premium, anda akan turut dilengkapi dengan tabung gas yang membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa. Malah oksigen yang bekalkan lebih bersih dan berkualiti tinggi.


Pakej Premium

Manakala untuk pakej Ultimate Premium, anda dilengkapi dengan pakaian kalis kimia serta kuman. Walaupun ianya kalis kimia merbahaya, ianya tidak bermakna ianya kalis peluru. Walaupun begitu, anda digalakkan memilih pakej Ultimate Premium kerana ianya lebih baik dan tahan lama dari kedua pakej lain.


Pakej Ultimate Premium

Untuk maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh berkunjung ke mana mana kedai ubat cina berdekatan anda ataupun menghubungi talian 019 celcom.

Keselamatan Anda Tanggungjawap Sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

MyEm0.com

5 comments:

iEn said...

apa beza simtom2 selsema burung ngan selsema babi tu ek..

sayang said...

demam lg ke? better g kllinik jmpe doc..

HuSnA said...

npe ye tak hapuskan cik BAB tuh.asyik menyebarkn penyakit aje kejenye.huh

alan said...

beza dia adalah selsema babi tu haram hukumnya hehehee. sama je cuma virus tu upgrade sikit.

dah tak demam dah..

kalau rajin pergilah hapuskan bab tu hehehe

iEn said...

oh ada hukum2 lah plak yer.. baru aku taw huahauha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...