Followers

Monday, April 20, 2009

Welcome To Bentong Town

MyEm0.com

Bentong terletak di bahagian barat Negeri Pahang. Bentong juga antara daerah terbesar di Pahang. Ianya merupakan pintu masuk ke negeri pantai timur melalaui jalan darat dan ianya turut bersempadan dengan Negeri Selangor disebelah barat dan Negeri Sembilan disebelah timur.



Bentong boleh dilalui melalui dua jalan iaitu melalui Highway Karak ataupun jalan lama yang dibina sejak sebelum merdeka. Sekiranya anda mengikut jalan lama, anda boleh singgah Kolam Air Bentong ataupun mandi di sungai yang menyegarkan di Batu Tujuh. Bentong berkeluasan 1,105 km persegi dan mempunyai penduduk kira kira 104, 000 orang. Bentong hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur. Bentong dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa yang meliputi Negeri Pahang, Selangor dan Perak.



Dahulu ekonomi Bentong dijana oleh perlombongan bijih timah dan sekarang melalui perlancongan dan perindustrian. Bentong mempunyai banyak tempat perkelahan menarik seperti Air Terjun Chamang, air terjun setinggi 7 tingkat yang menjadi tumpuan pengunjung terutama daripada Kuala Lumpur. Selain itu Hutan Lipur Lentang yang terletak di tepi Highway Karak juga sering menjadi tumpuan pengunjung.



Bentong juga mempunyai tempat percutian ditanah tinggi seperti Genting Highland, Bukit Tinggi Resort dan Janda Baik. Kolam Air Panas juga terdapat di Bentong. Malah bagi peminat aktiviti lasak, Gunung Rajah akan menjadi cabaran buat anda semua.



Bentong juga mempunyai beberapa tempat makanan yang popular. Untuk peminat nasi ayam, anda boleh berkunjung ke kedai Nasi Ayam Pak Hamid yang popular di bandar Bentong. Untuk menikmati ais kacang, ais krim dan milkshake, anda boleh datang ke kedai Kow Po Special. Walaupun ianya milik peniaga cina, tetapi ianya halal dan sering dikunjungi perlancong.



Inilah Bandar Bentong. Tempat aku membesar dan mengenali dunia. Aku sayangkan bandar ini seperti mana aku sayangkan negeri aku iaitu Pahang Darul Makmur. Walaupun Bentong tidak mempunyai tarikan khusus seperti Temerloh yang dikenali sebagai bandar Ikan Patin ataupun Rompin yang terkenal dengan udang galahnya, namun Bentong tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dengan pelbagai tempat perkelahan dan homestay, ditambah pula dengan Genting Highland, aku yakin Bentong akan mencapai tahap kegemilangannya. Namun semuanya bergantung kepada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan Bentong. Dan tidak lupa juga, Menteri Besar Pahang juga adalah anak jati Bentong.

Pergilah melancong. Segalanya ada di Malaysia. Malaysia Truly Asian

MyEm0.com

4 comments:

Cik Jannah said...

kalo ade sen bnyk mmg da cti2 msia dah~

hiksss

alan said...

hehe ala bukan pakai banyakpun

shedah said...

so interesting..rase cam nak g jer...leh ke bwk?

alan said...

dtg jelah syg oii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...