Followers

Monday, March 02, 2009

Semangat Perjuangan Harmoni

MyEm0.com

Setiap zaman, muzik pasti berubah. Malaysia dahulu popular dengan lagu berentak slow di era 40, 50 an. Kemudiannya rentak pop yea yea ditahun 60 an. Muzik disko mula mencuri tumpuan di era 70 manakala rock di era 80 dan awal 90 an. Sekitar 1996 hip hop atau lebih dikenali sebagai rap mula mencuri tumpuan.

Diakhir 90 an muzik jiwang kembali menguasai keadaan. Namun diawal tahun 2000 hip hop kembali semula setelah diperkenalkan oleh too phat. Selepas itu muzik mula bercampur sesedap rasa peminat. Tidak ada aliran khusus sehinggalah muzik indie mencuri tumpuan pada tahun lepas.

Selepas ini, aku tak tahu muzik apa pula yang akan diminati. Tapi aku pasti kitaran muzik akan berpusing semula. Mungkin rock akan kembali mengganas ataupun tanggisan lagu jiwang akan membingitkan telinga.

Aku tidak terkecuali terkena tempias muzik Indie. Walaupun aku bukanlah die hard fan band indie, tapi lagu lagu dari Hujan, MUH, Bunckface dan beberapa band indonesia dapat menarik nafsu aku. Tapi sikit je lah.

Namun aku tetap hidup dengan muzik di era 80 dan 90 an. Bukan aku benci muzik indie tapi aku membesar dengan lagu dari Search, Wings, May dan lain lain. Sama jugalah dengan remaja sekarang. Zaman mereka band indie jadi mungkin mereka akan "muntah hijau" kalau dengar lagu era 50 dan 60 an.

Dan antara band yang masih aku minat dari zaman sekolah adalah XPDC. XPDC mula dengan album darjah satu tahun 1990, timurbarat pada tahun 1992 sehinggalah album kompilasi Mael & xpdc pada tahun 2003.



Walaupun XPDC dichop "band funfair" tapi lagu lagunya tetap power. Walaupun tidak mampu menyaingi kumpulan Search tetapi XPDC tetap mempunyai peminat tersendiri.

So jom kita layan Semangat Perjuangan Harmoni dari XPDC



MyEm0.com

6 comments:

cIk JanNah said...

suke sgt ngn meet uncle hussain..
hik3

alan said...

yeke..sy tak paham sgt lirik dia hehehe

miSz.haNie said...

indie best..
lagu lame pn best..
hehehe XD

puteri said...

search

shedah said...

huhu..x minat lagu rock..pening bile dengar..huhuhuuh...minat indie band jer...

alan said...

lagu lama gak best..adeh bila lak shidah minat indie band ni..demam lagi ke hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...