Followers

Tuesday, March 31, 2009

Koleksi Cerita Seram

MyEm0.com

Hobi aku adalah membaca. Salah satu buku kegemaran aku dahulu adalah cerita seram atau hantu. Dua penulis yang menjadi kegemaran aku adalah Tamar Jalis dengan Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) dan juga Tok Awang Ngah (Berkelahi Lawan Syaitan).


Aku cukup meminati kedua buah buku ini dan mengumpulnya sehingga berbelas buah buku. Tapi sayang SBDJ tidak lagi dikeluarkan oleh Variapop Group. Buku terakhirnya aku tak ingat nom berapa. Tapi berkisar Tamar Jalis dan datuknya berhadapanan dengan bomoh susuk di Indonesia.

Manakala siri Tok Awang Ngah, bukunya memang tidak mengikut turutan. Dan sekarang, kalau aku terjumpa dimana mana, aku akan terus membelinya walaupun buku tersebut didalam keadaan uzur.


SBDJ berkisar kehidupan Tamar Jalis bersama datuknya di Perak manakala Tok Awang Ngah berkisar kehidupannya menjadi ustaz disebuah sekolah semasa zaman 60 an sehingga 80 an.



Minat aku terhadap cerita seram mendorong aku turut meminati ilmu ghaib dan barang barang lama seperti keris. Cuma aku tidaklah mengumpul senjata lama mahupun mempelajari secara khusus ilmu mistik.

Cuma aku memiliki sebilah pisau kecil lama dan sebilah parang panjang pusaka yang dikatakan telah dijampi untuk menambahkan bisa parang tersebut. Aku juga tahu sedikit sebanyak pantang larang orang melayu dahulu kala.

Sehingga hari ini, aku masih menyimpan kesemua buku cerita seram tersebut sebagai kenangan. Zaman ini, sudah tiada lagi buku seperti itu diterbitkan. Aku tak tahu mengapa. Alangkah sayangnya apabila bangsa sendiri tidak mahu menghargai khazanah pusaka bangsa.

Orang melayu sekarang seolah olah berlagak dan menidakkan warisan budaya bangsa sendiri apabila tidak mempercayai wujudnya hantu dan syaitan. Sesungguhnya orang melayu itu sendiri tidak dapat lari daripada mempercayai perkara ghaib kerana itu juga termasuk didalam Rukun Iman.

MyEm0.com

14 comments:

dads said...

dah lama tak dengar pasal cerita ni

Alan said...

dengar cerita pasal apa

Farie Amrah said...

dlu byk novel neh..
aku pnh bace gak la..
tp pas 10 mukasurat aku ttp buku trus x bace2 lg..

p/s: aku seorg yg penakut tahap gaban.. seyes..
hehe..

alan said...

adeh mana ade seram..kakak aku bacakan untuk aku lagi time aku kecik hahaha

Chempaka said...

Buku ni best... Mmg seram la klu bc.... Tp itu yg buat best.... Skang mana ada dah citer2 mcm ni.

Yus said...

huhu..aku tgh kumpul crite ni gak..sapa2 yang tau mana nak dapat buku ni bleh la share..

heysanto01@yahoo.com

Anonymous said...

saya amat berminat dgn buku2 tok awang ngah. bolehkah saudara jualkan buku berkelahi dgn syaitan 1&2 kpd saya? hubungi saya di:

cyagami@hotmail.com
013-2266 586 (Bard)

alan said...

terima kasih diatas komen anda semua. minta maaflah saya tak dapat jual buku lama yang saya ada kerana ianya membawa kenangan kepada saya dan juga sebagai koleksi peribadi.

asha said...

klu x silap dulu buku2 camni guna kertas jenis kasar..

kisah sufi said...

Wah cerita yang menakutkan

Anonymous said...

It's a shame you don't have a donate button! I'd definitely donate to this brilliant blog! I suppose for now i'll
settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google account.
I look forward to fresh updates and will talk about
this website with my Facebook group. Chat soon!
my web page :: kohls Coupons promo codes

Anonymous said...

Great article, totally what I was looking for.
My web site > coupons kohls printable

Anonymous said...

Asking questions are truly fastidious thing if you are not understanding
anything totally, except this piece of writing gives fastidious understanding yet.
my site > kohls-printable-coupons.net

Anonymous said...

Right here is the right web site for everyone who wants to understand this topic.
You realize so much its almost hard to argue with you (not that I
actually would want to…HaHa). You definitely put a brand new spin on a subject that has been written
about for decades. Wonderful stuff, just excellent!
Feel free to surf my blog - print kohls coupons

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...