Followers

Tuesday, February 17, 2009

Turbo Timer

MyEm0.com

Aku baru balik dari kedai aksesori kereta. Aku nak pasang turbo timer pada kereta aku. Barang tu dah ada, aku beli dari member aku. Tapi dari minggu lepas aku datang, kedai tu tak boleh pasang benda tu pada kereta aku.

Sebabnya dia tak ada manual nak pasang benda tu. Adoii bilalah aku dapat pasang Timer tuh. Geram betul aku. Aku try tanya kedai lain, dia boleh pasang tapi dia tak jamin benda tu boleh guna atau tidak. Lagi aku tention.

Aku ada satu oil temp meter. Itupun belum pasang lagi sebab aku tak ada duit nak beli sensor meter. Member aku bagi meter je, sensor dia kena beli sendiri. Sensor tu pulak seratus lebih. Adehh duit duit mana nak cekau.



Malam ahad lepas aku berlumba di Highway Karak. Bukan main duit, saja test kereta. Aku "out" sebab tak boleh control kereta. Nasib baik tak langgar devider. Kalau langgar mau mati saja je aku atas highway tu.

Kawan aku cakap kereta aku tu tak stabil sebab tinggi. Nak rendahkan kereta makna aku kena tukar suspensi dia. Pakai duit lagi. Meter nak naik 140pun susah. Enjin akupun out. Nak tukar Twincam mahu dekat RM 5000.00. Nak masuk Vtec atau Mivec lagilah parah. Kena ada dalam RM 10,000.00.



Member aku dah tukar Mivec. Memang sedap buat lumba kereta dia. Time pergi Langkawi hari itu (klik sini), kami berlumba atas highway Perak (kereta aku tak masuk, aku naik satu kereta dengan dia). Memang layan woo. Meter kereta naik cecah 180. Lumba dengan kereta brader Mitsubishi old skool. Enjin kereta tu power *tukar kot* tapi tak boleh lawan Mivec lagi.

Sudahnya brader tu surender. Member aku buat dajal, lagi nak cucuk belakang kereta brader tu. Kesian brader tu aku tengok hahaha. Buat pengetahuan korang, aku pakai proton iswara 1.3. Memang tak boleh blah kan hahaha. Tapi itulah dah minat aku berlumba, walaupun kereta buruk tahap gaban, aku tetap dengan hobi aku. Aku tak peduli lawan aku Honda EK, Satria atau Evo, lumba tetap lumba walaupun aku tahu aku juga yang kalah. Hidup ini satu perjuangan hehehe.

P/s : Gambar diatas tiada kaitan dengan turbo timer dan oil meter aku. Barang aku "chap ayam" sahaja hehehe.

MyEm0.com

2 comments:

Anonymous said...

fuyoo timer mahal tu. kau suka berlumba ye. jom race ngan aku

sayang said...

hehehhe.. HIDUP KELAJUAN DAN KEPANTASAN!!!.... enjin kete aku yg standard je, x edit ape pun tp aku pun suka memandu laju tp berhemah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...