Followers

Tuesday, January 13, 2009

Langkawi Best

MyEm0.com
Lama juga aku tidak berblog. Last pun aku cuma letakkan iklan YOUTH09. Sapa yang tak pergi rugilah. Banyak aktvt yang boleh korang join. Ada battle of the band, super car, futsal, youth designer festival and macam macam lagi. Sorry takde gambau sebab camera aku rosak dulu.

Minggu lepas aku ke Langkawi. Biasalah kalau pergi dengan kawan kawan mesti best tahap tak ingat dunia. Lain kalau pergi dengan family, semuanya kena control. itu tak boleh, ini tak boleh. Tak enjoy langsung.

Aku gerak dari rumahpun lambat. Dalam kol 10.30 pagi. Terus bertolak ke kedah. Singgah jap kat R&R Tapah. Pergi Jitra ambik adik kawan aku then terus ke Kuala Kedah. Kitaorang gamble time tu, main redah je. Nasib baik dapat naik feri, itupun feri last kol 7.00 malam.


Sampai pulau, settle kereta sewa, ambik Toyota Lenova pastu check in kat Hotel Lang. Tahap 4 star tapi macam tak best jerk. Semalam je kat sana, tengahhari kitaorang terus pindah motel kat Pantai Cenang. Lagi best duk situ. Sewapun murah.

Dua hari kat sana, kita orang merayau ke Makam Mahsuri, naik skyway Gunung Mat Cincang, Naik bot pergi Pulau dayang Bunting. Ada banyak monyet kat sana. Kalau korang bawak makanan jaga jagalah sikit. Kalau tak monyet kat sana akan serang korang hahaha. Aku kenakan adik kawan aku kat situ.





Aku ambik sebungkus roti kemudian goyang goyangkan depan monyet. Lepas tu aku letak didalam bakul yang dibawa oleh adik kawan aku. Mencicit dia lari apabila berbelas ekor monyet mengejar dia. Bila malam buat kepala gila. usha awek kat sana bawak enjoy. Pelancongpun tak ramai. Yang ada kat sana cuma pelancong asing je. Rakyat tempatan dah start kerja.

Dua hari kat sana, kitaorang pergi penang lak. Cuma semalam je kat sana. Dapat sewa aparment kat batu Feringgi. Esoknya pusing pusing kat town, sempat naik Bukit Bendera. Petang terus balik Pahang. Kalau nak ikutkan, memang tak cukup. Rasa nak duduk sebulan kat Langkawi, sebulan kat Penang tapi duit yang jadi problem. Kalau aku kaya macam Sultan Brunei dah comform mahu setahun aku lepak Langkawi hahaha.



Anyway Langkawi memang best. Aku syorkan pada korang semua. Memang tak rugi duit korang lepak situ. Cuma nasihat aku, datanglah time bukan cuti sekolah. Kalau time cuti sekolah sure ramai sangat kat sana. Nak dapat hotelpun susah.

MyEm0.com

3 comments:

iEn said...

lama xpi langkawi.. barang2 sana makin mahal ke murah? hehehe

alan said...

ntah ler cik ien..tak tahu ler murah ke mahal hehehe

aShaBuLz said...

hahahaha....langkawi memang best...kalau ada duit yang mencukupi.hehe.

tapi memang seronok dapat berjalan ngan member2...heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...