Followers

Friday, February 13, 2009

Kebaya Nyonya

MyEm0.com

Kebaya adalah pakaian tradisional wanita melayu yang popular di Malaysia dan Indonesia. Ia biasanya diperbuat daripada kain kapas dan kebiasaanya dipakai bersama kain sarung, kain batik mahupun songket.



Kebaya dipercayai berasal daripada China sejak beratus ratus tahun dahulu. Ianya tersebar di Melaka, Jawa, bali dan Sumatera. Selepas ratusan tahun, ianya berubah menjadi pakaian tradisi tempatan.

Dipulau Jawa sebelum tahun 1600, kebaya menjadi pakaian tradisi yang hanya dipakai oleh kerabat diRaja Jawa sahaja. Pada zaman pemerintahan Belanda, kebaya mula dipakai oleh wanita Belanda sebagai pakaian formal dan dihasilkan daripada sutera serta dihiasi corak corak menarik.

Cina Peranakan telah menghasilkan "Kebaya Nyonya" di Melaka. Ianya dipakai bersama kain sarong dan dipadankan dengan sepasang kasut yang dipanggil "Kasut Manek". Kini ia semakin popular dikalangan wanita bukan asia.

Pada masakini selain daripada rekaan tradisional, ianya juga direka dengan rekaan kontemporari dan boleh dipadankan bersama Jeans dan Skirt.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh melayari www.kebayas.com





MyEm0.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...