Followers
Saturday, February 14, 2009
Happy Valentine Day
Hari ini Valentine Day. Satu hari yang bermakna buat diriku dahulu. Bukan setakat hari kekasih malah ianya juga merupakan tarikh declair aku dengan "si dia". Kalaulah hubungan kami masih panjang, sudah masuk 6 tahun bersama. Sedar atau tidak, ianya merupakan satu tempoh yang agak lama.
Tapi itulah manusia hanya merancang, takdir tuhan jua yang menentukan segala galanya. Sedangkan Nurul dan Ajai pun boleh bercerai (klik sini), inikan pula aku hanya couple. Apalah dayanya kita melawan kudrat Ilahi yang menentukan rezeki setiap makhlukNya. Ajal, rezeki dan jodoh itu sudah tercatat di Lol Mahfuz.
Biarpun zaman silih berganti, Biarpun manusia datang dan pergi. Setiap kelahiran itu akan diakhiri dengan kematian. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Namun setiap kenangan bersama itu akan tetap terpahat didalam ingatan buat selamanya. Tiada siapa yang dapat memadamkan ingatanku terhadapnya kecuali dengan kehendak Allah jua.
Aku cuma doakan dia mendapat kehidupan yang bahagia. Dan buat pasangan bercinta diluar sana, sayangilah pasangan anda dan hargailah mereka selama mereka masih bersama anda. Anda hanya akan tahu erti sebenar sayang apabila dia sudah meninggalkan anda. Dikala itu, segalanya sudah terlambat melainkan dengan kehendak Allah S.W.T bahawa dia memang tercipta untuk anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
haram woo sambut velentain.. isk3
ya saya setuju kerana tdk semua terpilih untuk bercinta dan berkahwin sewenangnya..ni yang ada..mudah saja mempersia-siakan.Goodluck.
ish ish cian sy cik ien
ust kina pun cakap tak bleh celebate valentine...
thanks for your all advise but....aku tetap aku ahaks..
Post a Comment