Followers

Saturday, February 07, 2009

Kembali berblogging

MyEm0.com

Dah lama aku tak update blog ini. Sibuk sedikit selain ketandusan idea. Sebenarnya baru baru ini aku bekerja di sebuah kafe di UIA Gombak. Cuma kerja sebagai pembuat air. Kelam kabut aku dibuatnya apabila mencapai waktu puncak seperti waktu lunch.

Tapi sayang aku terpaksa berhenti disebabkan faktor transport dan juga lokasi bilik. Bos aku sememangnya seorang yang baik. Dia menyediakan motor untuk kemudahan aku tapi aku takde lesen motor. Sedikit sebanyak ianya menyukarkan aku untuk gunakan motor tersebut. Kalaulah aku bersepah dengan motor diatas jalan dengan ribuan kenderaan, memang naya aku dibuatnya.

Lokasi bilik juga membuatkan aku boring yang teramat sangat diwaktu malam. Lokasinya memang dekat dan senang untuk pergi bekerja tapi tidak mempunyai kedai yang berdekatan. Aku biasa melepak dikedai mamak setiap malam dengan kawan kawan. Bila aku masuk ketempat yang asing, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi emosi aku. Kalau duduk lama disitu, mau tekanan jiwa aku jadinya.

Anyway aku memang sayangkan kerja aku dan tempat kerja aku tapi faktor faktor diatas membuatkan aku berfikir 2 3 kali. Lainlah kalau aku bekerja tetap goverment/swasta memang aku terpaksa bertahan disitu.

MyEm0.com

3 comments:

Zamz said...

patut lama tak update hehe

alan said...

tau xpe hehe

aShaBuLz said...

hohohoho...takpa bro, tu sumer pengalaman. apapun, happy blogging!! yeeba yeba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...