Followers

Monday, February 23, 2009

Birthday Boy - 25 tahun Mengharungi Pahit Manis Dunia *Episod 2*

MyEm0.com

Episod 2

Kenangan sekolah rendah telah aku ceritakan serba sedikit. Memang tidak detail sebab kalau nak detail, baik buat biografi betul tak. Oklah tentang sekolah menengah, banyak juga pengalaman yang aku tempuh.

Lupa pula nak sebut nama sekolah rendah aku. Sek Keb Tuanku Fatimah, Bentong. Itulah nama sekolah rendahku. Aku belajar disana dari tahun 1991 sehinggalah tamat darjah enam pada tahun 1996.

Dan sekolah menengah pula, Sek Men Keb Ketari Bentong. Dari tahun 1997 sehingga tamat form 5 tahun 2001. Sepanjang aku sekolah situ dulu, rasanya tiga kali Pengetua aku bertukar. Denda yang mula mula kami terima adalah masa form 1. kami tak datang kelas agama. Kena panggil Pengetua. Sorang sorang kena rotan. Siap ada kawan aku kena penampar lagi hahaha. Time tu rotan atau pukul pelajar masih belum menjadi larangan lagi.

Pengetua tu tak lama. Aku form 2, dia dah tukar dengan orang lain. Pengetua kali ini tidak garang malah kami kamceng dengannya. Zaman paling seronok bermula dari form 2. Kenal semakin ramai student cina terutamanya amoi. Aku memang tak campur sangat dengan pelajar perempuan melayu. Aku lebih senang berkawan dengan amoi. Bukan apa, student perempuan melayu macam tidak open sangat minda mereka. Hanya duduk bercampur sesama sendiri.

Antara kawan yang rapat adalah Mah Chin Yee, Chan Lai Fong, Gan Hui Ling dan Christine. Selain itu ada beberapa orang lagi. Dengan student cina lelakipun aku boleh kawan. Dan selain aku, ada beberapa orang lain student melayu yang berkawan rapat dengan student bangsa lain. Tapi itulah, sepanjang pemerhatian aku, memang ada jurang perbezaan antara kaum walaupun tidak nampak ketara. Akupun tak tahu mengapa berlaku begitu.

Malah pernah juga berlaku kes pergaduhan antara pelajar melayu, cina dan india. Sekitar tahun 1998/1999 selalu berlaku kes gaduh antara budak budak ni. Yang paling aku ingat, satu kes sehingga semua pelajar cina lelaki dari form 1 sehinggalah form 5 mengepung pelajar melayu disebuah blok. Aku tak pasti sebab apa tapi ianya tidak melibatkan aku dan rakan rakan aku. Kami bersikap neutral disamping hubungan baik kami dengan student cina.

Kes ni diselesaikan sebelum polis tiba. Semua student cina bersurai setelah diarahkan oleh Cikgu Hamdan. Cikgu Hamdan ni walaupun nampak sempoi dan kecil orangnya tapi student cukup hormat kepadanya. Lagipun sememangnya aku tahu dia bukan orang sebarangan. Ada ilmu lain selain daripada ilmu biasa. Ilmu apa aku sendiri tak tahu tapi dikalangan student melayu, dia bukanlah calang-calang orang.

Semasa form 2, banyak peristiwa berlaku. Sukan Komenwel 1998 diadakan diMalaysia, Bermain bola chop ditepi kelas bersama student cina dan india yang membawa hubungan baik kepada kami semua dan seorang gadis yang menambat hatiku sehinggalah ke hari ini.

Kisah aku dengan amoi ni bukanlah sehingga tahap couple. Korang boleh klik sini kalau nak tahu tentang dia. Semasa form 2 jugalah, aku mengenali apa itu komputer dan dunia IT. Masa itu zaman kegemilangan Mirc, ICQ, Yahoo Mesengger dan emel hotmail serta yahoo mail baru bermula. Dunia siber bukan sahaja mengubah kehidupan aku malah ianya juga mengubah kehidupan rakyat Malaysia. Sana sini semua orang bercerita tentang emel, chatting, dan cybercafe.

Zaman itu Myspace, Friendster atau Facebook tak wujud lagi. Handfonpun belum canggih seperti sekarang. Tak silap aku yang paling canggihpun adalah jenis "butterfly" dari Nokia. itupun ianya popular ditahun 2001. Semasa tahun 1998 orang masih menggunakan "publicphone" atau surat. Zaman tu orang pakai handfon Motorola yang ada antena. Besar pulak tu handfon tuh hahaha. Nokiapun yang popular jenis"2310", abang kepada "3310". Berat handfon "2310" tu. Ada kepingan besi didalamnya. Boleh baling anjing hahaha.

Aku sendiri kenal awek dari chat mIrc pada tahun itu. Namanya Ida, berasal Kota Tinggi Johor. Kitaorang berhubung guna cara "kuno" iaitu guna surat. Sekali hantar surat, tunggu seminggu kemudian baru dapat balasan hehehe. Aku siap simpan buku panduan poskod Malaysia lagi hahaha.

Bukan dia saja, malah ramai lagi awek yang aku kenal. Kesemua surat yang pernah aku terima masih lagi aku simpan didalam sebuah kotak diatas almari bilik aku. Dengan gambar, madah madah cinta semuanya masih ada. Zaman era 1998 sehingga 2001 orang dengar lagu leleh. Tidak ada Indie Band. Yang popular ketika itu kumpulan Spin, Spoon, Sting, Eddie Hamid dan DefCabC. Banyak juga artis wanita lain seperti ELITE, Krisya, Rozita Ezlyn dan Ruhil Armani. Last sekali kumpulan Newboys tahun 2000 dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang.

Aku minat gila lagu Sejarah Mungkin Berulang ketika itu sehingga ada kawan panggil aku "tomok pencen". Adeh panjang juga "karangan" aku untuk episod 2. Episod 3 (Birthday Boy - 25 tahun Mengharungi Pahit Manis Dunia) akan menjajah dipawagam berhampiran anda tidak lama lagi. Sila nantikan kemunculannya.

MyEm0.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...