Followers

Monday, December 01, 2008

Chan Siat Yen

MyEm0.com

Mesti korang tertanya tanya apa maksud Chan Siat Yen. Ia bukanlah bermaksud menyiat atau mengoyak YEN *wang jepun* sebaliknya nama seorang amoi yang aku love time sekolah dulu. Timbulnya kisah ini kerana diwaktu aku duduk melepak dengan kawan aku dikedai tempoh hari, dia secara tiba tiba datang minum dikedai yang sama.

Dan seperti biasa aku tidak perasan kehadirannya sehinggalah kawan aku ajim mengatakan amoi yang masuk adalah chan siat yen. Bila aku lihat padanya barulah aku perasan. Semakin cantik dan wajahnya tetap kelihatan keanak anakkan. Secara terus terang dialah wanita bukan pertama tapi yang kedua yang menarik hatiku. Yang pertama adalah awek aku time darjah empat sehingga darjah enam dulu.

Aku suka padanya start tingkatan dua (1998) cinta pandang pertama. Sejak dari itu aku terus menaruh hati padanya hingga kini?. Semua pelajar tak kira cina, melayu, india satu tingkatan tahu yang aku suka padanya dan dia juga tentulah tahu. Tapi time tu aku bodo sikit tentang cinta. Aku tak pernah cuba menegurnya sebab malu. Bila aku cuba bercakap dengannya semua orang tengok kemudian senyum2. Aku lemahlah kalau semua orang dok usha apa aku nak buat. Diapun malu tapi dari gerak gerinya cara dia melihatku, aku tahu aku boleh dapat dia.

Anyway aku tak pernah meluahkan isi hatiku sehinggalah spm. Cuma ada dalam 2 3 kali saja aku menegurnya. Selainnya kami cuma melihat dan menjeling antara satu sama lain. Diapun sudah berkahwin sekarang. Tadipun kami saling memandangt dan aku tahu dia masih ingat padaku.

Kalaulah waktu dapat dikembalikan, pasti aku mengambil cintanya. Anyway namanya dan gadis gadis lain tetap berada didalam hati dan ingatanku sehinggalah nafasku yang terakhir.

OH YA SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA KEPADA SEMUA PESAKIT AIDS DAN WARGA DUNIA KHUSUSNYA.


MyEm0.com Emo Myspace Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...