Followers

Sunday, February 22, 2009

Birthday Boy - 25 tahun Mengharungi Pahit Manis Dunia

MyEm0.com

Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Raz,
Happy Birthday To You.

Hari ini birthday aku tapi macam biasa takde sapa yang wish pape kat aku..Macam inilah hidup seorang kembara jalanan. Mencari tujuan dan makna kehidupan. Cuma tadi Shidah yang wish pada aku.



Kembara
Puas sudah ku mengembara

Ke mana perginya oh cahaya

Mencari hati emas bukannya mudah

Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Nasib baik aku masih ada keluarga. Hanya mereka yang masih ingat padaku. Jika mereka tiada, mungkin kubur akupun tidak bernesan. Sudahlah hidup didunia sunyi, dalam kuburpun lagilah sunyi sepi. Jika nasib aku baik, pintu syurga akan terbuka dihadapanku. Jika tidak, hanya tuhan yang tahu apa yang menanti aku dibawah sana.

Umur semakin meningkat, perjalanan diatas dunia semakin singkat. Sebenarnya masa semakin cepat berlalu. 25 tahun sudah berlalu, aku masih teringat kemeriahan alam persekolahan dizaman kanak kanak. Dari tahun 1991 sehingga 1996.

Semasa sekolah rendah, aku mendapat "cinta pandang pertama". Boleh dikatakan "bercouple" dari darjah 4 sehinggalah darjah 6. Rasanya tak payahlah aku sebut siapa nama gadis tu sebab bulan depan dia nak berkahwin. Dengan siapa aku tak tahu. Aku doakan semoga dia bahagia selalu.

Polis sentri, main kad tepuk, batu seremban, guli dan gasing, itulah permainan aku disekolah dahulu. Tak lupa juga lawan getah pemadam dan lawan batang Ais Krim. Aku tak pasti korang pernah bermain lawan pemadam serta batang ais krim. Permainannya cukup senang. Getah pemadam dimainkan oleh dua orang,getah pemadam digolekkan dengan menekan hujung/bucu pemadam. Setiap orang akan berusaha menindihkan pemadamnya keatas pemadam pihak lawan. Sekiranya pemadamnya berjaya menindih pemadam pihak lawan, dia dikira menang.

Sama juga dengan permainan batang ais krim. Ambil batang ais krim (yang diperbuat daripada kayu), tiup sehingga batang ais krim berkenaan menindih batangais krim lawan. Permainan ini cukup popular semasa aku bersekolah rendah dahulu sehingga memaksa cikgu merampas getah pemadam serta batang ais krim dari kami semua.

Itulah permainan aku semasa bersekolah rendah. Tidak seperti kanak kanak sekarang, sekolah canggih dengan komputer malah kanak kanak sekarang turut mempunyai handfon mahal. Sekolah aku dulu hanya menggunakan kerusi dan meja kayu buruk sahaja. Tidak ada makmal komputer.

Tidak ada pelajar kemaruk 10 A semasa UPSR. Hanya ada 4 subjek saja UPSR dahulu. Rileks je kepala otak aku. Tak payah pikir pikir pasal exam. Datang exam UPSRpun sempat bermain batang ais krim hahaha.

Budak sekarang kecoh dengan UPSR. Semua berebut rebut nak 10 A. Macamlah UPSR itu boleh menjamin masa depan yang cerah hahaha. Kalau gagal UPSR, seolah olah hancur masa depan. Dapat 10 A, kecoh keluar suratkhabar dan TV. Yang paling kecoh sudah tentu ibu bapanya. Seolah olah anak dia sahaja yang genius.

Kenangan bersekolah menengah juga banyak meninggalkan memori manis. Tiada yang pahit rasanya kalau dikenangkan kembali. Walaupun pernah dipukul pengetua sekolah, dirotan guru displin tapi bagi aku semuanya satu kenangan yang berharga. Tiada dendam seperti budak sekarang. Budak sekarang semuanya macam najis. Tidak tahu menghargai zaman persekolahan.

Banyak aku rasanya yang aku ingin luahkan tapi cukuplah buat sementara waktu. Mungkin esok atau lusa, aku akan ceritakan pengalaman sekolah menengah dan seterusnya kolej. Untuk sementara, sila nyanyikan lagu dibawah beramai ramai. Terima Kasih.

Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Raz,
Happy Birthday To You.

MyEm0.com

4 comments:

Anonymous said...

selamat hari jadi bro!

Anonymous said...

huhuh..sedihnye..x de org yg wish...

Mrs. ORENSEED said...

selamat hari lahir, semoga bertambah keimanan dan kematangan seiring dengan usia! happy oweys!

sayang said...

hepi belated birthday.. smga sntiasa di bawah lndungan Allah, smga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...