Followers

Saturday, December 06, 2008

KFC - It"s Finger Lickin' Good

MyEm0.com

Pagi tadi setelah aku belek belek suratkhabar adalah satu iklan KFC. Bukan iklan hot rods yang hampeh tu tapi satu promotion baru. Beli set combo A iaitu 9 ketul ayam, pepsi 1.5 liter, 1 coslow, 1 wedges dan satu bekas porcelin yang kiut. Kalau set combo B pula 15 ketul ayam dan bahan yang sama kecuali dapat 2 bekas porcelin.



So dengan bersemangatnya akupun pergilah ke KFC. Sampai kat sana kena pula beratur panjang. Sempat gak "main main mata" dengan awek kat line sebelah. Time aku kat kaunter dengan konfident akupun mintaklah set combo A. Tiba tiba tertera kat skrin mesin cash dia RM44.10.

Apa lagi terkejut badaklah aku kat situ. Nasib aku tak mengelupur je kat situ. Dengan muka selamba aku terus je cakap kat awek tu aku cancel je. So dengan cool aku terus blah sambil diperhatikan oleh puluhan umat termasuklah awek line sebelah. Tapi sayangnya ini semua cerita dongeng semata mata.

Memang aku terkejut badak kat situ tapi aku tetap buat cool. Slow slow aku ambik purce pastu check duit. Tak cukup tu aku seluk poket kiri kanan seluar cari duit. Kira kira dapatlah cukup-cukup RM45.00. Kalau tak memang nayalah aku dalam tuh.

So aku dapat settlekan benda ni dengan bergaya walaupun aku terpaksa guna duit besi yang ntah berapa ringgit. Akupun pulang bergaya walaupun dalam hati aku dah cuak bercampur miskin. Sebenarnya memang aku bawak RM 50 tapi aku dah joli duit tu kat kedai buku sebelum pergi KFC. Aku budget benda tu dalam 30 lebih je. Alih alih mahu sampai 50.

Anyway aku tetap pulang bergaya bersama 5 beg plastik berisi ayam KFC dan bekas porcelin yang kiut.

MyEm0.com

3 comments:

The Spiral Eyes said...

nasib kamu baik

Anonymous said...

ye nasib baek hehe

my_life said...

hehehehe...biar papa asal bergaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...