Followers

Monday, October 13, 2008

Budak Zaman Sekarang Part 2

Sambungan dari Budak Zaman Sekarang Part 1

Walaupun menggunakan komputer "koman" tapi aku seronok. Memang seronok sebab dapat menjelajah dunia baru. Explor the new world kata orang kampung saya. Zaman itu juga boleh dikirakan zaman kegemilangan Mirc. Banyak sungguh awek boleh aku dapat. Awek pertama yang kukenal dari Kota Tinggi, Johor. Namanya Ida. Kami berbalas surat 3 4 kali dan kemudian dia terus senyap. Maybe dah ada bf kot.

Dan begitulah seterusnya awek datang bersilih ganti sampailah aku bertukar minat. Dalam tahun yang sama 1998, minat aku berubah dari chatting kepada gaming. Game pertama yang aku main adalah age of empire2. Cukup popular dikalangan member member aku. Kemudian aku beralih kepada counter strike. Kalau kaki game tak kenal sama ini game, ilmu game korang tak cukup lagilah.



Minat aku pada game ni sampai satu tahap aku tak boleh tengok atau dengar orang main. Mesti darah aku mendidih. Rasa naklawan semua orang dalam tu. Tokey cc tempat aku mainpun kenal sungguh sampai dia reserve satu pc untuk aku main. Regular customer katakan. Tiap tiap hari lepas sekolah mesti aku lepak situ. Biasanya aku main 2 jam bersamaan rm5. Tapi bukan hari hari aku main. Hanya sabtu atau ahad saja sebab time itulah ramai budak datang. Kalau hari biasa aku cuma lepak dengan tokey tu saja.

Aku terus main game sampailah aku duduk KL for study pada tahun 2002. Kat sana aku main juga tapi tidak kerap sebab dorang lagi handal dari aku. Dan akhirnya akupun bersara dari game. Aku letak senjata dan beralih kepada minat lain iaitu reading majalah iaitu REMAJA.

Tapi minat aku masih ada pada komputer, game dan internet. Sampailah aku buat sijil MLVK di Melaka pada tahun 2003, aku minat buat website pulak. Dengan pertolongan kawan aku, aku dapat buat website tapi sekarang website tu dah mati. Address dia www.kcy.cjb.net. Minat website aku tak lama. Aku minat main game online semula. Kali ni Ragnarok Online. Hari hari aku duduk kat cc sampaikan kadang kadang aku tidur kat cc.



Masa praktikal, aku minat main myspace pula. Disamping myspace, aku turut mengenali blog dan tarikh lahir blogku ini adalah pada 13.10.2004. Dan kini blogging telah menjadi sebahagian hobi aku. Blog aku ini juga telah berusia lima tahun. Lepas ni aku tak tahu apa pula minat aku. Anyway komputer dan internet sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Tanpanya, aku rasa hidup x best.

THE END

5 comments:

Anonymous said...

uhu.. dah lame xmasuk irc ngeh2

Alan said...

kitapun x bertahun x main..banyak bott sekarang ni huhuhu

Anonymous said...

waaaa pinjam bot 10 :D

Alan said...

erkk bot pe

Anonymous said...

bot tongkang hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...