Followers

Wednesday, October 08, 2008

Budak Zaman Sekarang Part 1

Baru baru ini aku berkenalan dengan seorang blogger muda. Umurnya 12 tahun. Pada umur yang sebegitu muda sudah mempunyai blog sendiri. Begitu hebatnya pengaruh IT kepada masyarakat di Malaysia. Kini sudah lebih separuh masyarakat Malaysia celik IT terutamanya golongan muda. Semua ini dengan jasa Tun Mahathir yang memperkenalkan It kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Tun.

Aku masih ingat lagi bila aku mula mengenali komputer. Semua ini bermula pada tahun 1998. Ketika itu aku form 2. Segalanya bermula dengan ajakan kawanku untuk pergi ke sebuah cc. Zaman itu blog masih belum lahir. Yang popular ketika itu adalah MIRC ataupun chatting. Masa itu rakyat Malaysia begitu taksub dengan chatting.

Semua orang pergi cc semata mata untuk berchatting termasuklah aku hehe. Dan juga dizaman itu handfon masih belum berleluasa seperti sekarang. Kiranya untuk berkawan kita perlu menggunakan surat. Hahaha budak zaman sekarang mana menggunakan surat untuk berkawan apatah lagi bercinta. Semuanya menggunakan sms saja. Tapi bagi aku surat mempunyai nilai sentimental kerana ianya ditulis sendiri serta dipos dan ianya menunjukkan kesungguhan pengirim tersebut. Dan aku masih menyimpan kesemua surat yang kuterima sebagai kenangan dan penghargaan kepada pengirim tersebut.



Komputer zaman itu pula "koman" sungguh. Menggunakan Windows 98 serta harddisk sebesar 40 Gb, processor pentium 3 ataupun celeron dan ram 256. Hahaha bila buka internet lembab macam kura kura sebab guna dial up. Nasib baiklah kebanyakkan website ketika itu tidak banyak menggunakan flash atau berat macam website zaman sekarang.



Bersambung.....

2 comments:

Anonymous said...

maklumlaaaa.. duniaaa dah majuuu uhuhu

Alan said...

budak2 dah pandai hahaha...skill dorang lebih power dari aku huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...