Followers

Saturday, September 13, 2008

Pelumba Jalanan

Hari ni cuaca panas bangat. Sampai aku rasa nak pitam. Hari panas membuatkan aku rasa gelisah semacam. Serba tak kena dibuatnya. Dan tadi aku buat hal lagi dengan kereta aku. Dalam masa aku nak masuk parking basement shopping mall, aku boleh pula tergesel dengan dinding selekoh masuk.

Nasib baiklah gesel gesel manja je. Kalau tak mahu kena maki lagi aku dengan kakak aku. Tapi gesel2 manjapun mahu tanggal gak line plastik kat sebelah tepi kereta tu. Apalah aku nak jawap bila dia tengok esok huhuhu. Pintu keretapun tak cat lagi lepas aku langgar kereta orang. Tapi aku tak salah, orang tu yang salah. Ada ke dia undur selamba anjing je tanpa melihat belakang. And then terus dia lari huhuhu. Bila balik aku lagi yang kena marah.

Tapi aku ni sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pemandu yang merbahaya. Bila bawa kereta aku rasa nak driff je. Pernah sekali aku nak himpit kereta peronda polis time kat selekoh. Aku memang pantang kalau ada orang potong time aku drive *kes ego*. Nasib baik le aku ternampak line kuning polis. Aku pelik juga kenapa kereta dia ada line kuning. Akupun bagilah dia saing aku. Bila aku pandang tepi, berderau darah aku. Nasib baik lah aku tak himpit dia tadi dan diapun tak perasan aku nak himpit kereta dia. Kalau tak mahu masuk lokap aku.

Sampai sekarang aku rasa fobia bila tengok kereta peronda time memandu. Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus memandu dengan ganas hahaha. Racer tetap seorang racer. "Biar Mati Eksident, Jangan Kena Tangkap" Itulah prinsip aku hehehe.

2 comments:

cikin mohd said...

hebat btul prinsip die
wa salute lu!!!~

kes berani mati neh =]

Alan said...

well setiap yang hidup pasti merasai mati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...