Followers

Sunday, September 14, 2008

Ntah Apa Apa - Tajuk No Idea

Tadi aku keluar shopping lagi. Jika semalam aku membeli tauge dan kailan, hari ini aku membeli sawi pula. Adakah aku sudah menjadi seorang vegetarian? Ohh tidak tak mungkin aku akan menjadi seorang vegetarian kerana aku seorang die hard fan KFC. Masakan boleh ku menjadi vegetarian. Cuma sawi itu aku nak buat mee goreng sebentar lagi. Anyway aku sememangnya gemar makan sawi walaupun ramai kawan kawan aku tak mengemarinya.

Seperti semalam, aku kena beratur lama hanya untuk membayar sawi yang cuma berharga rm 1.30. Tetapi nasib baiklah tadi adalah akak dihadapanku yang begitu baik hatinya membenarkan aku membayar dahulu. Jika tidak, penatlah aku nak tunggu dia yang seperti memborong sakan sehingga penuh trolinya tadi.

Dan untuk pulang kerumah, aku terasa seperti tinggal di Kl pula. Boleh tersangkut didalam kesesakan jalan raya. Sungguh tak logik. Bandar aku yang indah permai rupa rupanya mempunyai jalan raya yang sesak. Ini semua disebabkan orang yang datang dari Raub, Lipis malah Kelantan hendak pulang ke Kuala Lumpur setelah cuti hujung minggu. Semuanya melalui jalan dibandarku. Kalaulah bandar aku wujud semasa zaman kesultanan melayu melaka, barangkali ia boleh menjadi sebuah negeri yang hebat kerana ia menjadi laluan ke pantai timur.

1 comment:

Anonymous said...

mak aih.. sungguh sesak itu jalan 4 simpang hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...