Followers

Sunday, August 24, 2008

Sambutan Merdeka Hambar

Tahun ini genaplah kemerdekaan tanahairku yang ke 51. Walaupun baru 51 tahun merdeka, tetapi ramai yang sudah melupakan erti kemerdekaan terutama kepada golongan muda. Mereka seolah olah seperti sudah merdeka ratusan tahun. Sudah tidak mengendahkan lagi hari kebesaran negara.

Semangat patriotik dikalangan rakyat sememangnya kurang berbanding dengan rakyat negara jiran seperti indonesia dan singapore. Di indonesia rakyatnya sanggup membeli bendera sendiri untuk dikibarkan walaupun hidup mereka dihimpit kemiskinan berbanding rakyat dinegara ini yang begitu mengharapkan pemberian bendera percuma. Kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang boleh dibilang dengan jari pada tahun ini berbanding tahun tahun sebelumnya.

Tambahan pula dengan sikap biadap seorang blogger yang menyarankan agar jalur gemilang dikibarkan secara terbalik pada tahun ini sebagai tanda memprotes kerajaan. Pada aku, dia ni selayaknya dibuang negara saja. Cukup biadap dan kurang ajar. Terlalu taksub kepada parti sehinggakan membelakangkan tanahair sendiri. Beginilah sikap segelintir generasi merdeka yang sudah lupa erti kemerdekaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...