Followers

Friday, June 27, 2008

Mengapa Harus Sepi Tanpa Berita

Sudah lama aku tidak berblog. Hidup aku terasa janggal tanpa internet. Ketiadaan internet dirumahku menyukarkan aku untuk berhubung dengan dunia luar. Sebenarnya sudah lama aku tamat pengajianku di Melaka dan kini aku sudah berada di kampung. Pelbagai perkara sudah terjadi sebaik aku tidakdapat melayari internet. Kenaikkan harga minyak, kekurangan beras ST15, usul tidak percaya SAPP terhadap Pak Lah dan bermacam lagi.

Aku mohon maaf kepada rakan rakan blogku kerana lama sepi tanpa berita. Modem dirumahkurosak sebenarnya. Untuk pergi ke CC terasa malas pula sebab terlalu ramai orang yang bermain game disana.

Walaupun aku ketiadaan internet, blogku tidak seharusnya sepi tanpa sebarang berita. aku tetap perlu publish sekurang kurangnya satu entry sebulan untuk menandakan "Diary Raz" ini masihbernyawa. Sememangnya aku terasa sepi sebaik pulang ke kampung tetapi dengan ketiadaan internet,aku terasa seolah olah menjadi "orang cacat". Aku seolah terputus dengan dunia luar kerana selamaini sudah menjadi suatu kemestian untuk melayari myspace, blog dan news online setiap hari.

Insyaallah sedikit masa lagi aku akan membeli modem baru dan selepas ini bolehlah aku mengupdateserta belek belek blog rakan rakan semua.

1 comment:

cheryna zamrinor said...

blogger tanpa internet macam kumbang takde bunga...cewwaahh...berpuitis lak aku nieh...slamat kembali ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...