Followers

Monday, April 21, 2008

Tamatnya Judgement Day

Hari rabu sehingga jumaat lepas adalah hari besar bagi kami student dipl multimedia. Ianya adalah hari penentu masa depan kami. Sama ada kami berjaya mengenggam segulung diploma ataupun terus menuntut sehingga bebas.

Bermacam ragam dapat dilihat time tu. Ada yang ketawa, ada yang menanggis. Tak kurang juga yang nampak konfident tapi dalam hati sebenarnya dup dup dup. Aku rileks je hari tu. Cuma cuak sikit last day tu bila En Azmal nak check kerja. Dahlah cd interaktif tak buat, corporat manual leh silap lak.

Sepanjang tiga hari tu, aku merayap tengok hasil kerja budak lain sama ada dari dtp, advertising mahupun md. Semua kerja budak gempak. Kerja aku cam hampeh je hahaha. Aku harap aku lulus je. Tak ada niatpun nak pergi ke diploma show 2 dan 3 haribulan ni di Melaka Mall.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...