Followers

Wednesday, April 16, 2008

Dahulu Minyak Kini Beras

JIKA ramalan harga minyak mentah melonjak ke paras AS$118 (RM371.7) setong berakhir hujung bulan ini menjadi kenyataan, krisis makanan global yang sedang menghimpit seluruh dunia ketika ini bakal bertambah parah. Bekalan beras diseluruh dunia mengalami masalah apabila pengeksport beras utama seperti vietnam dan china mengehadkan pengeluaran beas ke luar negara.

Bekalan tepung dunia juga mengalami masalah apabila negara pengeluar seperti Australia mengalami kemarau dan menyebabkan tanaman gandum tidak dapat diusahakan. Iklim dunia sekarang sudah tidak menentu menyebabkan krisis bekalan makanan meningkat.

Kita juga sudah merasakan tempias kenaikan harga beras dunia bila harga beras dunia yang kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu. Dibandar bandar seluruh negara, beras import juga mengalami kenaikan harga.

Kini beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80. Harga beras Siam pula meningkat secara mendadak iaitu antara 30 dan 40 peratus dengan beras gred A naik daripada RM2.50 sekilogram kepada RM4 sekilogram berikutan permintaan yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan.

Aku tak risau sangat tentang kenaikan harga minyak. Yang aku risau ialah kenaikan harga makanan sebab ia adalah perkara asas untuk hidup. Negara boleh menjadi huru hara kalau bekalan makanan takde.




PRESENTATION
This week dah start presentation. Presentation selama 3 hari. Selepas presentation, akan diadakan pula diploma show di melaka mall bulan depan.Aku tengok hasil kerja budak lain gempak siot. Kerja aku lak biasa biasa je. Time inilah segala hasil kerja final projek aku akan dipersembahkan kepada umum.

Minggu ni memang aku x cukup tidor. Sekarang ni pun aku memang mengantuk gila. Rasa nak koma 3 bulan je. "Orang rumah" aku dah bising bila nak update blog nie so terpakselah aku curik curik masa nak update blog nie.

Tadi aku explain tentang logo, design dan juga apa yang aku dapat sepanjang 3 tahun aku kat kolej nie. Aku rasa aku lebih banyak merepek dari menceritakan tentang kerja aku wahahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...