Followers

Tuesday, March 04, 2008

JudgementDay Semakin Dekat

Jeng Jeng Jeng !!

Hari ini semua student Diploma Multimedia menghadap Dekan. Mulanya aku goyang jugalah. Ingat dia nak check keje student tapi dia hanya nak berjumpa dengan student yang tak cukup "jam kredit". Tapi suspen aku still tak berakhir lagi.

Dan dia juga mahu semua student duduk berkurung didalam kelas mengikut penyelia final projek masing masing dan siapkan final projek sehinggalah 80%. Wah ini memang kerja gila. Kalau student tu ada laptop bolehlah dia buat kerja tapi bagaimana dengan kami yang daif ini. Yang hanya mempunyai desktop usang lagu uzur. Bagaimana kami nak buat kerja dalam bilik kuliah tu.

Akhirnya kamipun berjaya membuat pakatan dengan penyelia dan kami dibebaskan untuk membuat kerja dirumah dengan "syarat" iaitu semua kerja hendaklah disiapkan pada petang ini. Dan sekarang, aku sedang berhempas pulas menyiapkan kesemua tugasan ni.

Dalam keadaan yang tidak tidur 24 jam ini, aku rasa aku masih mampu meneruskan perjuangan. AKU TIDAK MAHU EXTEND !!!!!!!!

Darahku membara dengan semangat perjuangan harmoni. Yea aku pasti akan berjaya !!!! Dateline aku hanya 3 minggu lagi nie. Doakan aku berjaya hua hahahahaha!!!

2 comments:

MisterZyl said...

aku jumpa blog aku dr geng jurnal.. aku view.. aku tertarik juga.. mungkin kita boleh jadi rakan blogger.. aku mau tau.. kamu ini student diploma tp universiti mana?

Anonymous said...

I read your comment in Just a Thought. So, kat sini I nak jawab sikit ye. Ini mesej juga bertujuan utk semua anak2 muda , belia mcm kamu utk renung dan pikir. Memang kite semua berterima kasih utk govt sebab kita dpt pinjaman dan dpt belajar. tapi kamu pernah fikir tak kalau kerajaan tak tolong rakyat siapa lagi? Dan tak terfikir kah kamu bahawa segala duit yang kita dpt adalah melalui penat lelah ibu bapa kita membayar cukai. ADALAH HAK kita utk dapat semua itu sebab kita rakyat Malaysia. Tapi banyak lagi hak lain kita tak dpt. Kamu tahu berapa untung Petronas dalam satu tahun? Cuba kamu surf dan kaji dan kamu fikir jumlah itu tak cukupkah utk M'sia yang tak sebesar mana ni? Saya malas nak ckp dan tulis berjela kat sini. Saya nak kamu cari sendiri. Bukak mata dan bukak hati. Jangan jadi mahasiswa dan belia muda Malaysia yang hanya bercakap tapi tidak tahu fakta. Kalau media kita adil mana dia coverage utk pembangkang. Biar rakyat dgr kedua belah baru boleh menimbang sendiri. Rakyat Malaysia bukan bodoh dan mentah. Kalau kamu bijak, do your research before you make any statement yg tak masuk akal. Kamu pelajar kan, so act like one.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...