Followers

Thursday, January 03, 2008

Sailormonn Super

Hari ini aku menghabiskan masa dengan menonton dvd sailormoon S yang dibeli tengahari tadi. Sepanjang ingatan aku, cuma ada 4 manga (komik) je yang paling aku minat iaitu dragonball (semestinya kegemaran bdk lelaki), misteri naga (dragon quest), sailormoon dan samurai x. Dari 4 cerita nie, hanya meesteri naga saja aku tak tonton versi animasi. Yang lain semuanya pernah ku tonton.


Dari zaman sekolah lagi aku minat giler dengan 4 komik nie. Sekarang ni je aku tak baca komik. Entahlah aku sendiripun tak tahu kenapa tiba tiba minat aku hilang. Maybe aku sudah semakin dewasa, dan tak menjadikan ianya sebagai satu hobi lagi.

Dvd sailormoon S tadi dari episod pertama sampailah 34 dan mengandungi 2 disk. Panjang giler. Dari pukul 2 sampailah pukul 6.30 baru satu disk. Kemudian dari pukul 8 sampailah pukul 11 barulah habis kesemuanya. Sakit badan dibuatnya...

Selepas ni aku nak cari lebih banyak lagi koleksi cerita sailormoon. Untuk membeli set lengkap dragonball, harganya mencecah seratus lebih. Kalau ada duit banyak barulah aku pk nak beli ke tak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...