Followers

Tuesday, January 01, 2008

Kenangan 2007 & Harapan 2008

Hari ini adalah satu haribulan januari 2008. Hari pertama didalam tahun 2008. Tahun 2007 sudah ditinggalkan. Sekiranya aku ada melakukan kesilapan pada tahun lepas, sudah tidak ada apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki kesilapan itu, cuma yang boleh aku lakukan ialah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut dimasa masa akan datang.

Seperti biasa, aku tak pernah menyimpan sebarang azam untuk sesuatu tahun. Aku rasa kita tidak memerlukan tahun baru untuk melaksanakan sesuatu impian. Kita boleh mencapainya asalkan kita berusaha. Kalau setakat berazam tapi tiada usaha, 10 tahunpun azam kita tak akan tercapai.

Apa yang aku harapkan tahun ini, aku akan dimurahkan rezeki, panjang umur dan sihat insyaallah..

Memasuki tahun 2008 bermakna umur akupun bertambah setahun..Aku dah semakin tua rupanya ish ish ish....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...