Followers

Sunday, January 13, 2008

Pulang Ke Melaka

*PULANG KE MELAKA *
Apa kebendalah tajuk aku. Blur giler kepala otak aku 2 3 hari nie. Esok aku kena balik melaka. Hua hua hua student life da start balik. Satu kegiatan rutin yang sememangnya rutin. Pergi kelas setiap hari, menghadap lecturer dan sahabat handai dikelas.


Sem ni aku ada MUET. Ulang sekali adik adik "MUET". Ya!!! betul itu adik adik. Sem ni abang akan mengambil MUET kerana ia adalah satu syarat wajib bagi kolej. Kalaulah aku da ambil time sekolah dulu huhuhu...



Terbang lagi duit aku untuk kelas MUET ni. Rm 200.00 tu..Ringgit malaysia.. Bukannya 200.00 rupiah atau 200.00 bath. Tapi nasib baiklah bukannya dolar amerika mahupun pound sterlin. Kalau tak mahu aku melancarkan reformasi menuntut KEADILAN hahaha.



Selepas ni mungkin aku akan menyepi lama sedikit. Maklumlah nak online salu kat kelas maybe susah skit. Faham2lah line bukannya elok. Dengan lagi bermacam kerenah bebudak kelas yang semuanya menuntut kesabaran.



Sem ni juga merupakan penentu hidup dan mati aku sebagai student. Aku kena settlekan final projek, menghadap lecturer memohon segala budi baiknya untuk memudahkan approve segala hasil kerjaku nanti. Memang jadi pacailah aku sem nie hahahaha.



Balik melaka nanti aku nak kasi upgrade pc aku tuh. Kalau boleh nak jadi sehebat komputer server di pentagon amerika hahaha. Siap leh kawal senjata nuklear lagi hahahaha. Insyaallah kalau ada duit lebih aku nak upgrade casing sekali. kasi ada lampu kelip kelip cam malam raya.


Malam esok aku nak beli dvd banyak2. Dah lama aku tak beli dvd sejak balik bercuti nie. Dah banyak cerita aku miss tengok. Mau koman koman rm5o aku habes untuk beli dvd jerk. Belum lagi beli barang2 lain sebagai orang bujang. Mau beli meggi, sadin, beras...kopak duit aku huhuhu...

Oklah akupun tak tahu nak wat pe lagi kat entry nie. Kalau panjang sangat dah leh jadi cam buku text sejarah malaysia lak. Panjang dan isi kandungannya mendayu dau. Anyway kalau ada kelapangan aku akan jenguk salu blog nie.salunya aku memang ada banyaaaaak kelapangan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...