Followers

Wednesday, November 21, 2007

Senja Yang Menakutkan

Hujan turun dengan lebatnya..Hasratku terbantut untuk bergegas pulang ..Sudah lama aku tidak pulang ke kampung halamanku... Rindu rasanya kepada ayah dan bonda yang tersayang.....Ah!!! Terpaksa pula aku berhenti teduh di perhentian bas ini...Leceh!!!! Dalam kesejukan aku melihat jam ditanganku hampir pukul 7 petang...Hujan pula masih lagi turun..Di pondok bas ini hanya aku seorang sahaja yang menapak disini..Kalau ku tahu hujan akan turun,lebih baik aku balik esok...Tapi mana boleh !!! ..

Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara... " Abang ... sorang je ke ? " Aku mendongak dan melihat seorang gadis berdiri dihadapan ku ...

" Aah!! " ..jawabku selamba." Boleh saya duduk ?" Tanya gadis itu lagi .." Eh!! duduklah.. saya tak kisah.."Serba salah pula aku kerana tidak mempelawa gadis tersebut duduk ..Hilang pula kemachoan aku nih..Suasana sunyi sepi..Kulihat gadis itu menahan malu kerana aku melihat kearah tubuhnya yang kebasahan...Emm...!!!!


Aku memulakan perbualan kerana boring sangat..

' Hai saudari...boleh saya tanya siapa nama....rasa-rasanya saudari nih bukan berasal daripada kampung nih.... Saya Zairul ' sambil menghulurkan tangan..

'Nama saya zuraida....memang betul kata saudara , saya bukan orang sini ..saya sebenarnya berasal dari johor bharu.... saya sedang menunggu kawan dari kampung seberang !!! kereta saya mengalami kemalangan kecil di sana'.. katanya sambil menunjuk ke hujung jalan....'Dah lama saya tunggu di pondok bas nih....Nasib baik ada suadara disini .. Taklah takut sangat...' Sambung zuraida lagi.. " Ahh!!! Hujan-hujan nih memang biasa eksiden.... lagipun selekoh kat sana tajam ... nasib baik saudari tak apa-apa..." Balas aku....


Siapa kata tak apa-apa ... Tengok nih ... Sakitlah!!! Tolong bang .. zu sakit nih.... iskk!!!! AKu terperanjat kerana secara tiba-tiba zuraida yang kukenali tadi menangis teresak-esak seperti menahan sakit.... Ya Allah!!! Apa dah jadi nih.... Jeritku.... Wajah yang comel tadi telah bertukar menjadi buruk dan bernanah!! Suara yang halus tadi kini semakin kasar dan mengilai dengan kuat.

Kepala ku seperti dihempap sesuatu dan aku terasa seperti mahu pitam .. Kemudian aku tidak sedarkan diri.........

Apabila aku tersedar aku melihat bapaku berada disebelahku...katanya aku pengsan di pondok bas di hujung kampung... Aku menjelaskan perkara yang terjadi diantara aku dan zuraida... Bapaku hanya tersenyum dan memberitahuku pada 3 bulan yang lepas ada kemalangan di hujung kampung ..Semua penumpang meninggal dunia dan yang paling teruk ialah mayat seorang gadis ....Mungkin ini hanyalah permainan syaitan untuk menyesatkan manusia.

Aku terkejut mendengar cerita daripada bapaku dan Bagiku mungkin hantu yang aku temui itu adalah jelmaan Zuraida...


Dipetik dari http://fazamania.blogdrive.com/

1 comment:

HEMY said...

Uiihhh..citer betul ke ni Alan? Nasib aku tgh sejuk redah ujan..takde la meremang bulu roma aku...

salam bertandang. rasa cm pernah aku ke sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...