Followers

Wednesday, September 05, 2007

Merdekakah Kita

Tempoh hari semasa ku pulang bercuti, bas yang kunaiki sesak dengan umat manusia. Namun yang ramai sekali adalah warga asing terutama warga Indonesia. Bukan bermakna ku bersikap prejudis terhadap warga berkenaan namun kehadiran mereka yang begitu ramai dinegara ini menjadi tanda tanya. Malah aku dapat rasakan sekiranya terjadi perselisihan diantara Malaysia dan Indonesia, mereka tidak perlu menghantar askar yang ramai kerana sudah ramai rakyat mereka di negara ini. Dengan rakyat mereka yang begitu ramai, mungkin dalam masa yang singkat malaysia dapat ditawan dengan singkat seperti zaman jepun dulu. Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi saya saja. Tidak membabitkan rakyat Malaysia yang lain..

Sudah 50 tahun kita merdeka, namun isu bahasa kebangsaan masih tidak mempunyai penyelesaian. Pemimpin menunjuk rakyat dan rakyat pula menuding pemimpin. Kita tidak boleh menyalahkan kaum lain yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perbualan jika kita, orang melayu sendiri yang tidak mahu mengangkat martabat bahasa sendiri. Orang melayu kini lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris ataupun lebih popular dengan bahasa rojak. Lihatlah dalam drama tempatan, hampir semua dialog mengunakan bahasa rojak.

Semoga Kemerdekaan kita ini akan berkekalan sehingga Hari Kiamat.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...