Followers

Tuesday, May 22, 2007

Datin Diary

Malam ni ada cerita Datin Diary. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku boleh minat tonton drama melayu ni sedangkan dulu aku bukanlah seorang yang suka cerita melayu kecuali cerita melayu klasik. Aku rasa ada dua sebab aku suka cerita ni.

Sebab yang pertama ia ada Nasya Aziz dan Rita Rudani hek hek hek.

Sebab yang kedua ialah ia adalah kisah tentang golongan elit (Berangan nak dapat title Dato or Tan Sri)

Cerita ni mulanya ditentang ramai orang. Kononnya ianya memalukan golongan berkenaan. Pendapat aku secara peribadi, cerita ni tidak mengenakan sesiapa jauh sekali mengenakan pak haji yang duduk di kampung walaupun dia seorang datuk kepada 9 cucu.

Cuma bagi aku, sesiapa yang berkata demikian diibaratkan "siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya" Mungkin dia yang buat salah kemudian cuba nak berdalih dengan alasan akan memalukan seseorang sedangkan yang malu adalah diri mreka sendiri.

Pada aku cerita ini bagus, jalan storynya boleh tahanlah. Sebenarnya inilah realiti kehidupan masa kini. Cuma kita sebagai manusia yang berbangsa MELAYU tidak dapat menerima kenyataan ni. Biasalah kadang-kadang mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa dunia ini akan kiamat. Apa yang mereka inginkan ialah hidup seribu tahun lagi dengan kemewahan dan keseronokkan saja. Ini boleh diibaratkan ialah "menyamak kulit babi dikatakan boleh mencuci najis sedangkan kulit babi itu sendiri adalah najis".

Sama-samalah kita renungkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...