Followers

Sunday, March 25, 2007

Chermin, Seram Dan Sejuk

Malam tadi aku pergilah tonton wayang. Ingat nak tengok cerita mukhsin but nak sampai je kat kaunter tuh aku ternampak yang cerita chermin dah kuar rupanya. Aku dengan tak berfikir panjangnya teruslah beli cite tuh. Urmm nasib baiklah citenya best. Kalau tak berbakul-bakul sumpah seranah aku bagi.

Ceritanya mengisahkan sumpahan seorang wanita yang lakinya tak cintakan dia. So bila laki dia kawin lagi satu dan isterinya beranak, dia bersumpah bahawa keturunannya takkan hidup. Roh pompuan tadi masuk dalam cermin lama and kebetulan keturunan laki dia pakai lak cermin tuh. Nak tengok lebih lanjut, saksikanlah sendiri kat pawagam yek. Bagi aku memang bestlah. Dah lama filem melayu tak buat cerita seram. Setakat pontianak harum menyundal tuh bagi aku entah apa-apa. Tak menarik langsung. Yang menjadi tarikan filem tuh cuma maya karin je. Kalau tak hampeh terus. So aku cadangkan korang tontonlah filem chermin dan satu lagi cerita Jangan Pandang Belakang. Sure berdiri bulu badan korang..Kalau tak caya korang tengok waktu midnight dan bersinglet..Pasti seram sejuk jek badan tuh dan segala bulu korang akan naik kesejukan...

Apa-apahal aku chow dulu..Kalau ada kesempatan aku masuk sini lagi chow..Thanks pada sesiapa yang sudi datang sini...Kalau ada kelapangan aku akan check blog korang lak..babai...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...