Followers

Tuesday, June 20, 2006

Komputer dan Internet

Aku mula kenal menatang komputer nie start tahun 1998 kalau tak silap. Tapi time tuh hanya untuk bermain games je dengan kawan-kawan. Pendedahan aku dengan internet masa tu masih kurang. Aku still remember games pertama yang main ialah "AGE OF EMPIRES". Aku minat bangat dengan game tuh masa itu. Adalah dalam 2 or 3 bulan aku main. Dan kemudian aku main game menjadi kegilaan seluruh dunia sampai sekarang iaitu "COUNTER STRIKE". Aku berada kat cc setiap hari hanya ntuk main games itu jerk.

Dalam tahun 1999, masa tu aku dalam tingkatan 3 aku baru belajar tentang internet. Kira lambat jugalah aku nie sebenarnya. Aku belajar buat email hotmail time tu. Time juga aku mula berjinak dengan chatting iaitu "MIRC". Boleh dikatakan hari-hari juga main chatting.

Ramai gaks awek aku kenal time tuh. Tapi paling banyak budak johorlah. Akupun tak tahu apesal ramai sangat awek johor suke chatting time tuh. Adelah seorang aku kenal rapat. Ida nama dia. Budak Kota Tinggi. Tapi dah lama lost contact. Aku still simpan gambar dia hehe.

Dalam tahun 2000 aku dah mula kurang chat sebab dah bosan. Aku mula tumpu perhatian balik pada counter strike or cs. Aku terus main sampailah aku habis spm. Setiap hari main cs kat cc sampai satu tahap langsung takde budak nak main dengan aku.

Sebab apa? Sebabnya aku selalu je menang ha!ha!ha! Nak buat camner kalu dah hari-hari menghadap benda tu jer. Skill aku time tuh kira dah sampai tahap dewa! Kalau aku nak join budak main je mesti diorang tak bagi.

Tapi dunia Tuhan nie besar. Bukan semua orang aku boleh lawan. Lepas habis SPM aku merantau ke Kl. Kat sana aku mula lawan dengan budak cina kat sana. Teruk aku kena (padan muka aku ni). Stail main kat sana lain sedikit dan juga biasanya aku main dengan team sendiri. So adelah ramai backup. Kat sana aku sorang. Camne aku nak menang lawan sorang.

Sejak hari tu aku mula slow main cs. Dan sekarang kalau ade orang ajak fightpun aku dah tak reti sangat. MAsa aku gila main cs, aku pantang tengok orang lain main. Mesti join. Biasalah time tu darah muda. Tapi sekarang kalau orang main cs kat sebelahpun dah tak rasa ape. Dah lali.

Masa aku belajar di Melaka, aku kenal dengan seorang mamat nie. Aku panggil dia Che Mat. Dia orang perak. Dia memang terer dengan komputer. Boleh dikatakan hacker jugalah budak nie. Dia banyak ajar aku tentang dunia komputer dan juga internet.

Time tu dia ajar aku camner nak buat homepage. Masa tu guna tripod. http://www.kcy.cjb.net. Akupun tak tahu lagi sama ada homepage ni aktif lagi atau tidak. Dah lama aku tak check.

Time aku praktikal kat negeri 9 aku selalu online kat ofice. Masa tengah online tuh aku terjumpa satu weblog atau online jurnal. Weblog tu ialah jurnal alam. Dia banyak storykan kisah-kisah hidup dia dalam weblog tu.

Start dari itu aku mula aktif dalam dunia blogger ni. Tapi aku tidak sekreatif orang lain. Kebanyakkan weblog yang aku lihat semuanya kreatif. Sama ada dari segi penulisan, penyampaian cerita, dekorasi blog.

Tapi aku lain. Cerita aku berterabur. Akupun tak tahu macam mana nak buat sesuatu cerita itu menarik. Dan aku juga selalu tiada topik yang menarik untuk diceritakan. Tak tahulah kenapa..

But aku tetap akan menconteng sesuatu disini. Aku pernah merasa putus asa dengan blog aku nie dan hendak menutupnya. Tapi setelah aku berfikir, baik aku teruskan. Sekurang-kurangnya aku dapat meluahkan segala apa yang ada di dalam hati ini tanpa perlu berbicara dengan orang lain. Dan sekarang aku rasa gembira dangannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...