Followers

Thursday, April 20, 2006

student life part 2

Student life Part 2

You don’t have to find a perfect person…


To be your perfect friend…It’s just nice to have a true friend..

Who is perfect for each other, when both of you together…

Benda nie aku belajar sepanjang duduk di kolej nie. Banyak yang aku dapat dari persahabatan yang terjalin diantara bebudak rumah aku, rakan sekelas dan juga pensyarah pensyarah yang mengajar aku.

Aku telah belajar erti persahabatan, erti hidup dan juga erti kasih sayang sejak disekolah menengah lagi tapi bila belajar di kolej, makin banyak benda nie akan kita temui dan alami. Hendak- hendak lagi bila kita di perantauan.

Siapa yang susah senang bersama kita tentulah kawan-kawan kita. Memang benar bukan semua kawan tuh boleh dipercayai apatah lagi diharap namun pasti ade segelintir yang menyokong dan membantu kita apabila kita dalam kesusahan.

Memang pada pendapat sesetengah orang, kerja itu lebih baik dari belajar. Namun semasa kerja, kita tidak akan dapat belajar erti persahabatan yang sebenar. Ini kerana di dalam dunia pekerjaan, kita sebenarnya bersaing dengan rakan sekerja supaya kita dapat pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Ini berbeza dengan belajar kerana kita sentiasa bersama, tolong menolong dan bekerja sama supaya kita semua berjaya dalam pelajaran. Dengan ini, kita dapat memahami erti persahatan yang sebenar.

Aku sendiri banyak mengalami benda seperti ini. Ini kerana aku pernah belajar di pelbagai kolej dan mengenali pelbagai jenis manusia. Aku telah duduk serumah dengan ramai orang sebelum ini. Sepanjang persahabatan, kami telah mengharungi susah senang bersama.

Terima kasih aku ucapkan pada kamu semua kerana sentiasa menyokong dan membantu dikala aku down. Segala jasa korang takkan aku lupa..Becauze thiz is a student life…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...