Followers

Saturday, March 04, 2006

Islam di Jerman terus subur di sebalik tekanan

MASYARAKAT Islam di negara-negara Barat berdepan dengan cabaran yang cukup hebat implikasi daripada tragedi 11 September 2001. Keruntuhan simbol kemegahan kota New York menandakan zaman kegemilangan Islam semakin terusik dengan rentetan peristiwa yang menggegarkan dunia.

Walaupun kebebasan agama adalah hak individu, namun pelbagai kekangan dikenakan ke atas umat Islam. Barat melemparkan tuduhan tidak berasas apabila membabitkan Islam dengan keganasan. Ia akan terus menerus memenjarakan hak umat Islam selagi tujuan dan matlamat mereka belum tercapai.

Dalam latar itulah Islam berkembang di Jerman. Jerman adalah negara yang mempunyai keluasan 137,847 meter persegi dengan populasi penduduk mencecah 82 juta orang. Dianggarkan terdapat kira-kira 3.2 juta penduduk beragama Islam. Jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan majoriti Roman Katolik (26.5 juta) dan Protestan (26.2 juta) yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan jumlah penduduk Jerman.

Islam bukan agama tradisi di Jerman. Oleh itu, banyak isu yang berkaitan dengan agama Islam sering dipersoalkan termasuklah ajaran agama Islam yang menuntut kaum wanita menutup aurat. Selepas tragedi 11 September, kebanyakan wanita Islam di Barat tertekan kerana tudung kepala atau hijab dianggap sebagai propaganda politik yang radikal. Sedangkan, pemakaian hijab adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Rentetan daripada itu, guru-guru sekolah yang beragama Islam di Jerman dilarang memakai tudung kepala.

Kontroversi ini menyebabkan Mahkamah Perlembagaan Pusat (Federal Constitutional Court)
Jerman memberi kuasa kepada perundangan negeri agar melarang guru-guru beragama Islam memakai tudung di tempat kerja. Sesetengah negeri pula menyatakan hasrat untuk menggubal undang-undang yang menghalang kakitangan awam Muslim daripada memakai tudung kepala sewaktu bertugas.

Pada April 2004 hingga Januari 2005, enam negeri meluluskan penggubalan undang-undang tersebut manakala empat negeri mempertimbangkan draf undang-undang dan lima negeri tidak mengambil sebarang tindakan.

Umumnya, undang-undang yang digubal berkaitan dengan pemakaian sebarang simbol yang menandakan penolakan kepada nilai-nilai perlembagaan atau simbol penindasan. Sekurang-kurangnya di Baden Wuerttemberg, penggubalan undang-undang tersebut masih di bawah kajian badan kehakiman.

Selain membabitkan kontroversi larangan bertudung, satu perkara yang menimbulkan polemik di Jerman ialah keperluan pengajaran agama Islam kepada para pelajar. Pada 2004, ia telah menjadi isu di peringkat nasional. Kebanyakan sekolah di Jerman hanya menyediakan kelas untuk pengajian Protestan dan Roman Katolik yang turut mendapat kerjasama daripada pihak gereja.

Ahli akademik di Universiti Osnabruck, Prof. Peter Graf dalam kajiannya mendapati penduduk muslim yang membentuk komuniti kedua terbesar di Jerman sepatutnya mengikuti kelas pendidikan agama sepertimana pelajar daripada penduduk majoriti.
Perintis

Pada 2001, pengajian Islam mula diperkenalkan di Jerman. Pada 2003 hingga 2004, program perintis pengajaran agama di Jerman bermula di sebuah sekolah awam dan turut mendapat kerjasama daripada masyarakat Islam tempatan.

Baden-Wuerttemberg pula akan menawarkan kursus agama Islam di sekolah-sekolah yang terpilih bermula pada tahun ini hingga 2007. Pertubuhan Islam tempatan akan bertanggungjawab terhadap pengajian di kelas yang menggunakan kurikulum yang dibangunkan oleh kerajaan negeri.

Pada Jun 2005, pihak media melaporkan bahawa kerajaan pusat dalam perancangan untuk menubuhkan program latihan kepada para guru Islam di Universiti Free.

Lower Saxony telah memulakan program perintis pengajaran agama pada 2003 di lapan buah sekolah di Jerman. Program tersebut dibangunkan dengan kerjasama pertubuhan komuniti Islam tempatan. Buat sementara waktu, program tersebut akan dikembangkan kepada beberapa sekolah menjelang 2005.

Di utara Rhine-Westphalia, pengajaran agama Islam bermula pada 1999. Pada 2004 Islam telah diajar kepada 6,000 pelajar di 110 sekolah melalui pembangunan kurikulum di Jerman. Pelbagai usaha dilakukan untuk membangunkan kursus berkenaan dengan adanya kerjasama daripada beberapa pertubuhan Islam.

Peningkatan masyarakat Islam di Jerman turut mencetuskan konflik sosial dari segi agama, etnik dan budaya perkauman. Kebiasaannya ia melibatkan tentangan penduduk tempatan terhadap pembinaan masjid atau penggunaan alat pembesar suara untuk melaungkan azan.

Ekoran penentangan tersebut, umat Islam membantah dengan menyatakan sesetengah peraturan tersebut adalah berat sebelah. Misalnya, tentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Munich telah menyebabkan pembinaan masjid baru tertangguh. Perbuatan membakar masjid yang berlaku pada Disember 2004 di bandar Hessian membabitkan kerosakan kira-kira 10,000 euro. Kerajaan percaya bahawa serangan tersebut dilakukan secara berseorangan tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pihak polis juga melakukan serbuan di beberapa masjid dan pertubuhan Islam lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiasatan berhubung isu keganasan. Serbuan yang dilakukan pada Julai 2004 di sebuah masjid di Frankfurt telah mencetuskan tuduhan mengenai diskriminasi daripada kalangan ahli masjid.

Ada juga beberapa isu yang menimbulkan konflik dalam ajaran agama Islam, terutama yang berhubung dengan laungan azan, penyembelihan dan pengasingan antara pelajar lelaki dan perempuan semasa kelas sukan di sekolah.

Kebimbangan terhadap fundamentalis agama semakin meningkat terutama selepas tragedi serangan di World Trade Center, New York terutama di kalangan generasi Islam di Jerman. Begitu juga dengan konfrontasi antara undang-undang Islam dan norma-norma yang ditetapkan oleh kerajaan Jerman.

Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Arkib Institut Islam Deutschland (Central Institute Islam Archiv-Deutschland) yang terletak di Soest menunjukkan terdapat 53 juta penduduk Islam di seluruh Eropah.

Rusia mempunyai penduduk beragama Islam yang paling ramai dengan 25 juta. Sementara itu, 14 juta penduduk beragama Islam yang berada di Kesatuan Eropah (EU) pula tinggal di Perancis (5.5 juta), Jerman (3.2 juta), Britain (1.5 juta) dan Itali (1 juta). Bilangan muslim di Austria ialah 350,000 orang dan Switzerland (330,000).

Di Jerman, seramai 950,276 penduduk beragama Islam adalah pemegang taraf warganegara Jerman manakala 14,352 dilahirkan di Jerman.
Seramai 850,000 (21.8 peratus) kanak-kanak Jerman menghadiri kelas mengaji al-Quran yang dianjurkan oleh pihak persatuan dan jawatankuasa masjid.

Menurut Pusat Arkib Institut Islam Deutschland, jumlah jemaah yang mengunjungi masjid semakin bertambah sejak pertengahan 2004. Statistik menunjukkan 200,000 umat Islam (peningkatan 11.1 peratus) menghadiri solat berjemaah dan 493,000 (peningkatan 11.5 peratus) pula menghadiri solat Jumaat.

Malah, golongan remaja yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid turut menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus. Laporan yang dikeluarkan oleh pihak institut menggambarkan semakin ramai yang menerima agama Islam di Jerman.

Berdasarkan kepada sejarah, denyut Islam di Jerman dipercayai bermula pada akhir abad ke-17 yang melibatkan kemasukan tawanan perang Turki secara beramai-ramai. Terdapat bukti batu nisan di tanah perkuburan Islam yang terletak di Hannover dengan catatan tahun 1689 dan 1691 selain beberapa batu nisan lain di Berlin.

Kehidupan umat Islam terbentuk sekitar awal abad ke-20 dengan masjid pertama dibangunkan di sekitar Berlin pada 1915 khusus untuk tawanan perang yang beragama Islam. Masjid tersebut telah digunakan hingga bangunan kayunya dirobohkan pada 1924.

Seorang profesor dan pengkaji sejarah Islam di Universiti Humboldt Berlin, Prof. Peter Steiner menyatakan pada 1920-an Berlin adalah pusat kehidupan kepada masyarakat Islam di Jerman. Ketika itu, terdapat banyak aktivis gerakan nasional Arab, para nasionalis India dan warga Iran yang berada dalam buangan di Berlin. Mereka sentiasa berusaha untuk memperjuangkan kepentingan politik dan mengatur pelbagai kegiatan keagamaan.

Semasa pemerintahan rejim Hitler pada tahun 1930-an dan 1940-an, umat Islam berhadapan dengan kehidupan yang serba sulit dan mencabar. Hitler memberikan suaka politik kepada Mufti Baitulmuqadis, Armin El-Husseini yang sangat membenci kaum Yahudi. Ketika itu dianggarkan jumlah umat Islam hanya 3,000 orang.

Penghijrahan beramai-ramai pekerja pada tahun 1960 dan peningkatan orang buangan politik sejak 1970 telah menyebabkan agama Islam semakin berkembang di Jerman. Kebanyakannya adalah warga Turki, penduduk yang berasal dari negara-negara Arab, bekas Yugoslavia, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Mereka tinggal di Berlin dan bandar besar sekitar Jerman Barat.
Masyarakat Islam di Jerman kebanyakannya daripada puak Sunni. Selain itu ada juga daripada kalangan Syiah yang berasal dari Lebanon manakala warga Turki adalah Alexis dan warga Pakistan yang mengikuti fahaman Ahmadiyya.

Antara intelektual Islam di Jerman ialah Friedrich Rucket iaitu orang pertama yang menterjemahkan al-Quran ke bahasa Jerman, Annemarie Schimmel (sarjana sufi), Johann Wolfgang von Goethe (penyair) dan Hans Kung (penentang ahli teologi Katolik di Universiti Tubingen yang berbangsa Switzerland).

7 comments:

kevinmorgan1762993902 said...

Do you want free porn? Contact my AIM SN 'abunnyinpink' just say 'give me some pics now!'.

No age verification required, totally free! Just send an instant message to AIM screen name "abunnyinpink".

Any message you send is fine!

AIM abuse can be reported here.

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...