Followers

Wednesday, July 06, 2005

Kondom baru mesra pakai

KOBE: Jepun melakukan pembaharuan supaya lelaki lebih berminat memakai kondom dengan menjadikan getah yang nipis itu lebih tebal dan bercahaya di dalam gelap.Satu persidangan mengenai AIDS yang diadakan di sini memberi tumpuan bagaimana untuk menggalakkan penggunaan kondom di kalangan masyarakat membangun dan konservatif. Tetapi, Jepun sebagai penganjur melihat penjualan kondom semakin berkurangan.Jepun buat pertama kalinya tahun lalu mencatatkan rekod lebih 1,000 kes baru HIV atau AIDS, yang dianggap rendah mengikut standard antarabangsa dan pelik bagi negara maju yang sepatutnya jangkitan baru semakin berkurangan.“Sejak pertengahan 1990-an kami mendapati penjualan di negara industri semakin menurun disebabkan pengurangan penggunaan kondom di kalangan lelaki muda atau pasangan muda yang tidak melakukan seks,” kata Akira Tsukamoto, jurujual pengeluar kondom terkemuka di Jepun, Okamoto.Syarikat itu menyediakan lebih 60 peratus pasaran kondom dalam negara itu yang bernilai 10 bilion yen.Penggunaan kondom di Jepun memuncak awal 1990-an berikutan kebimbangan terhadap jangkitan HIV, kata Tsukamoto.“Tapi, detik itu sudah berlalu dan kami kini melihat kepada golongan muda yang pernah menonton video lucah dan berfantasi serta salah anggap mengenai seks.“Lelaki muda kini lebih suka tidak menggunakan kondom kerana terpengaruh dengan aksi pelakon lucah yang tidak menggunakan kondom. Disebabkan Jepun tidak memiliki pendidikan seks yang sempurna kepada pelajar mereka percaya apa yang ditonton,” kata Tsukamoto. – AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...