Followers

Tuesday, June 21, 2005

Utama kesihatan rahsia ramping

TUBUH langsing dengan ketinggian 167 sentimeter menyebabkan Charmaine Sheh, Ratu Hong Kong 1997 kelihatan terlalu kurus dengan berat sekadar 42 kilogram. Berdasarkan indeks berat badan (BMI), Sheh mengalami berat badan yang rendah. “Ia memang terlalu kurus untuk orang biasa tetapi bagi aktres dan peragawati seperti saya, ia penting untuk tampil menarik di khalayak ramai,” katanya apabila ditanya perkara berkenaan pada sidang akhbar.Sheh tiba ke negara ini sempena pelantikan beliau sebagai jurucakap pusat merampingkan badan, Terimee Beauty Slimming Academy. Pelakon yang terkenal dalam siri drama di TVB Hong Kong ini juga ke ibu kota untuk menjadi juri dan memahkotakan pemenang Cabaran Melangsingkan Badan Terimee 2005 sempena program Terimee’s IRX-10. Walaupun mengalami kecederaan tangan ketika menjalankan tugas, Sheh tidak menghampakan peminat di sini. Beliau menandatangani kontrak bersama Terimee untuk tahun kedua sebagai kerjasama yang menguntungkan.“Ini tahun kedua saya menyertai Terimee dan sangat gembira berada di negara ini semula,” katanya yang lebih senang berbicara dalam bahasa Kantonis membuatkan wakil media Inggeris dan Melayu terpaksa menunggu penterjemah.Ditanya mengenai rahsia beliau mengekalkan kesegaran wajah dan kulit walaupun jadual seharian dipenuhi pelbagai tugasan, Sheh mengaku sentiasa memastikan cukup tidur dan makan banyak buah dan sayur-sayuran. “Mungkin di Hong Kong ramai yang makan herba tetapi saya tidak mengamalkannya. Bagi saya tidur yang cukup dan diet berkhasiat amat penting untuk tampil menarik. Saya juga tidak merokok,” katanya. Bagi Sheh kecantikan dan kesihatan perlu seimbang kerana cantik saja tidak bermakna jika badan menjadi sarang penyakit. Memastikan dirinya sentiasa jelita, Sheh menjalani rawatan IRX-10 seminggu sekali di Terimee untuk membentuk wajah bujur sirih dan terapi kulit agarlebih berseri. Beliau tampil lebih yakin pada petang itu dengan top tanpa lengan dan seluar denim yang digayakan dengan tali pinggangmetal. Potongan rambut pendegaya terkini membuatkan Sheh kelihatan segar. “Terimee IRX-20 yang lebih berkuasa dan berkesan mengurangkan berat badan mencipta era baru untuk melangsingkan tubuh. Saya menjalani program ini seminggu sekali bagi mengekalkan tubuh ramping. “Program ini sesuai untuk mereka yang mengalami penurunan berat badan tanpa menambah berat dengan cepat. IRX-10 adalah program intensif yang eksklusif di Terimee,” katanya.IRX20 menggunakan teknologi interaktif yang membolehkan tenaga tanpa henti bertindak dalam usaha membakar lemak secara lebih efektif. Teknologieksklusif Bio x 2T IRX 20 mampu menghapus dan menghilangkan lemak 50 peratus lebih berkuasa berbanding sistem sedia ada di pasaran kini. Ia mampu mencapai impian dalam tempoh lebih singkat.Terimee Slimming and Beauty Academy Sdn Bhd adalah peneraju pusat pelangsing dan mempunyai 17 cawangan seluruh Malaysia. Pusat ini menawarkan pelbagai pilihan mengenai kecantikandan perkhidmatan pelangsing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...